Budaya keluar minum dalam kalangan kakitangan awam ini sememangnya masih galak berlaku. Cubalah jenguk restoran, warung dan kafetaria yang berhampiran dengan pejabat-pejabat kerajaan pada hari-hari bekerja. Boleh dikatakan bahawa tempat-tempat makan ini memang tidak akan sunyi dengan pelanggan yang turun minum, rata-ratanya kakitangan awam.
Tidak menjadi keanehan juga jika kita bertemu dengan sebilangan kakitangan awam yang berkali-kali datang ke kedai makan hanya untuk minum sambil 'bergebang' membuang masa!
Tiada salahnya untuk berehat seketika pada waktu bekerja. Daripada perspektif saintifik, diakui bahawa penggunaan domain-domain afektif (perasaan dan emosi), psiko motor (fizikal) dan kognitif (pemikiran) seseorang itu mempunyai hadhadnya. Ia perlu disegarkan semula dengan cara berehat seketika untuk mengelakkan unsur-unsur negatif berlaku seperti stres dan kelesuan.
Menurut beliau, kakitangan awam perlu sentiasa tepat pada masanya dan mengutamakan pelanggan bukannya membuang masa dengan berbual-bual perkara tidak berfaedah di kedai makan sehingga boleh menimbulkan prasangka buruk daripada masyarakat.
Sebagai kakitangan awam, mereka perlu ingat bahawa tugas yang dipikul adalah suatu amanah yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat. Akan peri pentingnya sifat amanah ini disebutkan dengan jelas melalui Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfaal, ayat 27, bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."
Demi membendung budaya minum pagi yang mencacatkan kesempurnaan perkhidmatan jabatan kerajaan ini, semua pihak sebenarnya perlu melaksanakan perubahan. Pihak pengurusan dalam jabatan-jabatan kerajaan perlu mewujudkan dan mengaktifkan penggunaan pantri dalam pejabat. Peralatan paling asas untuk memasak air, memanaskan makanan dan menyimpan makanan boleh disediakan seperti cerek, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dan sebagainya.
Sebagaimana yang diamalkan oleh sebilangan organisasi, para pekerjanya menyumbangkan sedikit wang dan berkongsi membeli makanan dan minuman ringan untuk diletakkan di pantri. Ada juga dalam kalangan pekerja yang sama-sama membawa pot-luck dari rumah masing-masing dan bertukar-tukar juadah makanan di pantri pejabat.Perubahan sikap dalam hal keluar minum ini perlu dimulakan dan seterusnya dikekalkan. Kita tidak mahu orang awam berterusan berpegang kepada stigma 'pegawai kerajaan suka keluar minum'. Jika kita benar-benar berpegang kepada konsep mencari pendapatan halal dan beramanah seperti mana yang digariskan syariat Islam, pasti kita akan berjaya mengubah sikap negatif sebegini. Barulah boleh kita nanti layak dipanggil sebagai kakitangan awam yang berintegriti, produktif dan memiliki minda kelas pertama.
- Utusan Online
13 ulasan:
nandre,
huhu..dh lama tak park comment kt blog hang. Tp baca tu ada. Blog aku pun nk update dlm sebulan pun susah skang ni. Huwaaa! Rindunya nk blogging cam dulu.
Pasal budaya kuar minum ni kan...aku rasa la..klau buat pantry cantik / complete smua pun x dpt nk hilangkn budaya kuar minum ni. Unless klau buat 1 kedai mamak kt dlm jabatan tu baru ok kot. hehe..
cayalah aznizan_ar..
welcome to the world of bloggers...
tahniah karna sudah memiliki satu tapak untuk hang berkata-kata...
aku suka isu nie, sebab dia melibatkan org yang kat pejabat sekitar tempat aku nie la... atau mana2 tempat yang lain.....
depa nie rajin sangat keluaq pi minum la... buat la minuman sendiri kat opis nie...
begitulah cheritanya yang berlaku dari dulu lagi...
nak keluaq minum tadak salah kalau pi beli pastu bawak balek opis, makan kat opis... senang apa... tadak masalah pon benda nie kalau kita tau cara nak manage masa tu...
beli la roti canai ke, nasek lemak ke, bawak balek tempat kita, pastu makan bila2 masa kita suka.. kita pon senang, org pon senang...
tak gitu wahai shimar, aznizan?
kalau ko lepak kat Serdang, ko boleh jumpa berduyun2 staff UPM, MArdi dan beberapa institusi kerajaan sekitar sini keluar minum jam 9-1030am... benda dah jadi budaya... kita tak salahkan budaya tu, tapi kalau ketua dalam jabatan tu pun 2x5... budaya ni akan kekal sampai bila bila...!!
betul tu cik nandre..
memang budaya kuar minum tu dah wujud lama dah...
nasib baik aku bukan kakitangan kerajaan, kalo tak mungkin aku jadi camtu gak kot...hahahaha...
hehehe..
Nampaknya lepas ni kena kuwangkan la budaya kuo minum..save budget..erga minyak dah naik....apa komen semua
hi mr. nandre,
budaya keluar minum.. hmmm.. tak semua macam tu tau!!
hahahaha..
ya betul tu cik suzila,
apa yang kita peratikan adalah sapa2 yang selalu ja camtu, bukan la semua yang bersifat begitu.. yang ok tu bagus lah...
biasa la kan, dalam ramai2 tu, ada segelintir yang camtu..
cik suzila tak gitu kan?
hmm kalau tak kuar minum, tp minum2 dalam office?
baik kuar, leh cuci mata.. hehe..
(joking)
aku nak komen sikit nie.. tapi... kita minum duluuuuuuuu!!~
wah wah wah..
mrs hafiz nak mencuci mata ye?
gatai nooo...
budaya minum~ i suka kuar minum.bukan apa. kat umah i dapur tak berasap!
hahahahaa
Di tempat saya, budaya ini kita panggil mesyuarat. Itu adalah nama khas utk aktiviti minum. Namun setelah adanya 5S, kita tidak lagi kuar minum sesuka hati. OUM adalah yg terbaik. hahaha
Catat Ulasan