Selasa, Mei 19, 2009

ISTAK - Bir Halal?

Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara. Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia. Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya. Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan. Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ermmmm

sue berkata...

erkkkk jom kite cuba beramai2...

Seri Nuang Shah Alam berkata...

ya, marilah kita cuba, pejabat dia ada kat presint 15, sebaris dengan Mydin Putrajaya, pi la ramei2 tengok...

Lebai Cute berkata...

actually minuman malt nie memang dah ada kat m'sia. keluaran guiness staut. dulu time study ada member suka minum. nak try tapi masalahnya kilang guiness yang buat. aduiihhh apalaa punya member. Maybe time tuh tak der sapa nak tegur kot.

i think we shall discuss further this issue.

Raptor 7 berkata...

dulu masa aku study budak2 gila minum MALTA. diaorang ckp utk kasi lebih energy. tapi guiness yg produce, tk tau status halal haramnya..

but this one, just wait and see la...

Cik Luna berkata...

erm...bir halal...?
konpius gak ni...boleh plak bir
tanpa alkohol ye...
byk restoran arab jual benda ni
mcm diragui je....
erm..erm..

rollin berkata...

salam..sapa2 nak cuba istak boleh lah call saya 012-6609190 (suhaimi)apartment sri nuang shah alam..kajian perubatan sedang dijalankan keatas perisa apple dan original sebabnya boleh menurunkan kadar gula dalam badan dalam tempoh 30 minit,kajian telah buat ke atas 100 pesakit diabetes di bera pahang,hasilnya memang mengejutkan..semenjak dari tu dari 50 botol masa percubaan awal bulan 5 tempoh hari,sekarang lebih 1000 botol dijual dalam masa 3 hari...

camarkelabu berkata...

heran ek.. org islam kemaruk sgt ke nak minum arak.. sampai kn wat mcm ni.. skali tgk sbiji mcm guiness stout 2.. x leh ke boh design len.. lambang pas ke..

camarkelabu berkata...

heran ek.. org islam kemaruk sgt ke nak minum arak.. sampai kn wat mcm ni.. skali tgk sbiji mcm guiness stout 2.. x leh ke boh design len.. lambang pas ke..

camarkelabu berkata...

heran ek.. org islam kemaruk sgt ke nak minum arak.. sampai kn wat mcm ni.. skali tgk sbiji mcm guiness stout 2.. x leh ke boh design len.. lambang pas ke..

Tanpa Nama berkata...

Sabda Nabi saw :

"Akan ada dikalangan umatku nanti yang meminum arak tetapi meraka tidak menamakannya sebagai arak. Mereka menamakannya sebagai nama2 yang lain..al-hadith"

renung2 lah wahai sahabat semua...

Cik Luna berkata...

okeh..akan kususuli di precint 15
utk lebih siasatan

khrazhar berkata...

@camarkelabu: setuju. produk ini pun seakan-akan satu kaedah mempromosi arak juga. cuma ia dibuat step by step. mgkin pada satu hari nanti bila produk ini sudah popular, orang ramai akan samakannya dengan botol2 arak yang ada dipasaran. Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya adalah (perkara-perkara) yang syubhat (serupa, samar, tidak jelas), yang kebanyakan (umumnya) orang tidak (dapat) mengetahuinya. Maka barangsiapa yang takut (menjaga diri, berhati-hati) dari perkara yang syubhat itu, maka dia telah menjaga (membebaskan, membersihkan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh / terjerumus kepada yang syubhat, maka dia terjerumus kepada yang haram. Seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar tempat /batas yang terlarang, hampir saja dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja / penguasa mempunyai batas/ larangan. Ingatlah bahawa batas/ larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkannya. Ingatlah bahawa sesungguhnya di dalam jasad (tubuh seseorang) itu ada segumpal daging, (jika) ia baik maka akan baiklah jasad itu seluruhnya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah jasad itu seluruhnya. Ingatlah ia itu adalah hati.

khrazhar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.