Ahlil Muzik? Pantang keturunan ku berkahwin dengan ahlil muzik....
Itulah dia sedutan skrip dari cherita Ibu Mertuaku arahan P. Ramlee. Kalau kita tengok cherita tu, mesejnya cukup jelas mengatakan bahwa menjadi ahli muzik pada zaman itu tidak menjanjikan apa-apa masa depan. Orang-orang pada zaman itu lebih nampak orang yang bekerja contohnya, peguam, doktor, guru dan sebagainya sebagai satu jaminan hidup untuk diri dan jugak keluarganya.
Tapi kalau kita bandingkan dengan sekarang, skopnya lebih meluas. Seorang yang berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan boleh mencari makan jika jalan yang dipihnya itu betul dan bijak. Tidak semua ahli muzik yang berjaya, tapi tak dinafikan juga, ramai yang berjaya menempah nama di persada dunia muzik tempatan dan antarabangsa.
Malah, ada di antara mereka yang bertahun-tahun lamanya tinggal di luar negara semata-mata memenuhi impian dan cita-cita mengharumkan nama negara. Ini adalah realiti masa sekarang.
Oleh itu, marilah ahlil-ahlil muzik semua, serlahkan bakat anda dalam bidang ini demi memartabatkan bakat dan kebolehan dalam bidang ini. Good luck boys for the performance this coming saturday.
Khamis, Oktober 15, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
nan.. jom jamming... kat ss7 shah alam ada 1 tempat jam yang ku pernah main... cari kat area commercial baru kat tempat ko tu, nama studio tu adalah guitar gallery... jom...!!
aku seorang ahli pustakawan.. err, boleh ke camtu ??
Catat Ulasan