Percaya atau tidak, tetapi statistik menunjukkan ia adalah benar! Fenomena yang dikenali ‘Supermoon’(bulan mengambang penuh) telah menyebabkan beberapa bencana yang dashyat. Antara bencana tersebut adalah:
* Tsunami Meulaboh- berlaku pada 26hb Disember 2004. Ia berlaku kurang dua minggu sebelum fenomena Supermoon berlaku pada Januari 2005.
* Taufan Tracy- berlaku pada 25hb Disember 1974 sehingga memusnahkan Darwin, Australia. Ia berlaku kurang beberapa hari sebelum fenomena Supermoon berlaku.
Diramalkan bahawa fenomena serupa akan berlaku pada 18hh March 2011 di mana bulan mengambang akan berlaku manakala jarak bulan pula adalah ke-6 paling dekat sejak 1985. Fenomena 'supermoon' banyak membuktikan banyak bencana alam besar berlaku.
Ekoran kombinasi fenomena bulan penuh dan jarak bulan yang dekat tersebut, saintis ternama Amerika Syarikat, Richard Nolle meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 18hb March 2011. Menurut Richard Nolle yang menamakan fenomena ‘Supermoon’ pada 1979, jarak antara bumi dan bulan pada 18h March 2011 adalah 356,577 km.!
Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang. Dalam sejarah, fenomena sebergini beberapa kali berlaku iaitu pada 1955, 1974, 1992, dan 2005. Keempat-empat tahun membuktikan bahawa bencana alam terbesar berlaku pada tahun tersebut.
Beberapa saintis konservatif tidak setuju dengan tanggapan bulan mempengaruhi iklim ekstrim dunia miskipun sedar bahawa bulan berpengaruh terhadap pasang-surut air di bumi. Menurut mereka, kajian saintifik perlu untuk membuktikan bahawa bulan mempengaruhi iklim ektrem di bumi dan bukannya menganalisisnya berdasarkan statistik. Walaubagaimanapun, Richard Nolle tetap berkeras dengan teori yang dicetuskan beliau.
Courtesy of http://takusahrisau.wordpress.com
Sini pun ada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
good info bro!! dunia makin tua.....
dunia semakin tua
manusia merosak binasa
ancaman semakin ketara
dunia porak peranda
manusia tidak aman
manusia semakin tamak
manusia macam terlupa
smua orang terlupa.
klau nk ikutkan mmg smua bencana yg terjadi adalah beberapa mingu atau beberapa hari sblm berlakunya Supermoon. Itu cuma perkaitan..tp ada kebenarannya. Sbb tarikan graviti yg kuat.
Catat Ulasan