Rabu, Ogos 31, 2011

Baraan Raya Kedua...

Ini merupakan satu tradisi orang kampung di Sekinchan untuk mengadakan Program Baraan - iaitu berhari raya beramai-ramai menaiki motor untuk pusing satu kampung. Program ni start jam 10.00 pagi dan abeh dekat kui 4.00 petang, bukan apa, pagi tu hujan lebat. Jadi, hari tu tak la paneh sangat, mendung ja. Gambaq-gambaq ni adalah sekitar rumah aku ja, adik ipaq aku bakaq mercun 18 kaki punya sangkut kat wayar letrik. Baraan hari ni hanya untuk geng-geng laki saja, esoknya baru geng pompuan plak. Balik rumah petang tu boleh tahan letih sebab pi beraya dekat 40 buah rumah.

8 ulasan:

Lipan bara berkata...

Hang naek motor apa brader masa aktiviti baraan ni dijalankan?

kalu kat tepen aku confirm hang akan bwk AN9949 kan? Huhuhu....

Zamani Slam berkata...

kat Tepen aku guna basekal ja, sebab takda baraan kat sana.


kat sekinchan aku naik ex5 la apa lagi...

Tanpa Nama berkata...

best nye...kat kampung aku xde dah tradisi ni...

Maher Zain berkata...

ye ke, ini program aku buleh join selang setahun... maknanya tahun ganjil sahaja, 2007, 2009, 2011..
sebabnya aku beraya dulu kat sekinchan, so, tahun 2012 aku beraya kat tepen, tak dapatlah baraan...

begitulah seadanya...

benda ni kami nak praktik kat seri nuang plak...

Maher Zain berkata...

yang syoknya bukan apa, ada polis trafik akan tahan kereta untuk ke seberang jalan yang bermaksud kampung yang sama cuma dibelah oleh jalan besaq... best best...

Baraan ni tak buleh makan sangat, sekadar minum sikit, pastu masok rumah org tu dah kira bagus .... tapi budak-budak muda main ram motor, ekzos potong pendek, bunyi macam-macam... lantak lah...

Atap zink berkata...

Aku ingat ayam ngan itik je ada kaki, tak sangka mercon pon ada kaki. siap 18 kaki lagik tu, dunia dunia.....

Munif Hijjaz berkata...

ya, ukuran panjang merupakan satu elemen yang menggunakan kiraan kaki atau meter.

the legend berkata...

InsyaAllah ada baraan tahun 2023 ni