Jumaat, Mac 30, 2012

Raja Ashman Shah (1958-2012)

Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi akibat serangan Asma di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Berita ini telah disampaikan kepada saya oleh kenalan di Istana Perak dan saya sendiri telah mengesahkan perkara ini dengan salah seorang Waris Negeri Perak Darul Ridzuan. Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.

Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak.

1 ulasan:

orang perak berkata...

anak sultan perak dah pegi dulu sebelum bapak dia.