Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan

Selasa, September 08, 2026

KEVII School - Tigers Weekend 2026


*TIGERS WEEKEND EVENT 2026*

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua Old Edwardian! Jom sertai Tigers Weekend 2026:

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 malam
📍 Tempat: Padang Esplanade Taiping

Selain itu, ‘TIGERS WEEKEND’ PEK – LIMITED EDITION* turut dibuka untuk tempahan dengan harga hanya RM60.00. 4 ITEM DALAM PEK: Beg Door Gift, T-Shirt Khas, Topi Khas — Reversible / 2 Design, Boleh Pakai 2 Belah & Keychain

⚠️ TEMPAHAN DIBUKA SEHINGGA 20 SEPTEMBER 2026 SAHAJA! Untuk tempahan, sila isi di pautan: https://forms.gle/2qHpj31PCB7yAViv7

📞 Untuk maklumat lanjut dan acara:
🐯 Tiger Charlie — 012-3930354
🐯 Tiger Farah — 014-2968769
🐯 Tiger Barnie — 012-3747344

MAKANAN DAN PENYERTAAN ACARA ADALAH PERCUMA. SILA BERHUBUNG DENGAN AJK DI ATAS UNTUK MENDAFTAR. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mencipta kenangan dan mengeratkan kembali silaturahim warga Old Edwardians!❤️🖤

ONCE A TIGER, ALWAYS A TIGER!
MAGNI NOMINIS UMBRA

Ahad, Ogos 23, 2026

Lampu Isyarat Terawal di Tanah Melayu

 

Sumber: FB Hisham Muhd's

Isnin, Mei 25, 2026

Memori Abadi: Rumah Sultan Azlan Shah

 

Foto ihsan Tourism Perak 

Rumah kelahiran Sultan Azlan Shah terletak di Batu Gajah, Perak, di Jalan Aman (berdaftar sebagai P.W.D. 37). Kini ia dipulihara sebagai galeri yang mempamerkan sejarah hidup baginda dari zaman kanak-kanak hingga remaja, dan boleh dilawati secara percuma

Rumah kelahiran Sultan Azlan Shah bukan sekadar kediaman lama, tetapi kini menjadi galeri warisan yang memperlihatkan perjalanan hidup seorang Sultan yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Ia sesuai dikunjungi untuk memahami sejarah Perak dan mengenang jasa baginda.


Jumaat, Mei 22, 2026

Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Negeri Perak 2026


𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐌𝐚𝐤𝐧𝐚

Daripada ruang kecil, lahirnya pelbagai cerita dan inspirasi
Ruang ini bukan sekadar tempat meletak buku, tapi menjadi tempat berkumpul, berkongsi ilmu dan mencipta momen indah bersama keluarga. Dalam suasana yang selesa dan tenang minat membaca dapat dipupuk sejak kecil lagi
Kini giliran anda pula untuk tampilkan ruang bacaan keluarga yang penuh inspirasi!
Ayuh sertai 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟲 dan tunjukkan bagaimana budaya membaca mampu menyatukan keluarga serta mencetuskan inspirasi di rumah anda!
📚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲
🏡 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 yang ingin menjadikan ruang bacaan/perpustakaan di rumah sebagai platform untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan.
𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻:
𝟭) 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵
𝟮) 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁
𝟯) 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴
🎁 Hadiah menarik disediakan untuk para pemenang!
*𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝟭𝟱𝟬𝟬.𝟬𝟬
*𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬𝟬.𝟬𝟬
*𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬.𝟬𝟬
*𝟵 𝗫 𝗦𝗔𝗚𝗨𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗥𝗠𝟯𝟬𝟬.𝟬𝟬
🌟 Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
📌 𝗜𝗺𝗯𝗮𝘀 𝗸𝗼𝗱 𝗤𝗥 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗹𝗶𝗸 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗽𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗶 𝗸𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 https://drive.google.com/.../1xTGIGZsGE5ZQD8CsM7juZY.../view
⏳ 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻: 𝟭𝟮 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
𝗖𝗶𝗸 𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗔𝗾𝗶𝗹𝗮𝗵 – 𝟬𝟭𝟯-𝟱𝟬𝟵𝟬𝟭𝟮𝟴

Ahad, Mei 17, 2026

Galeri Wakaf Diraja Kuala Kangsar

 

KUALA KANGSAR: Menjelang sambutan 500 Tahun Kesultanan Perak pada 2028, bandar Kuala Kangsar diperkasakan lagi dengan pembinaan Galeri Wakaf Diraja bagi mempamerkan sejarah aktiviti wakaf institusi diraja negeri ini.

Galeri itu yang terletak di lot bangunan kedai Jalan Kangsar, menghimpunkan pelbagai artikel, gambar serta perkembangan aktiviti Wakaf Diraja Perak sejak lebih 100 tahun lalu. Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah hari ini berkenan melawat ruang pameran tersebut yang dinamakan Galeri Wakaf Diraja Sultan Idris Murshid-ul-Adzam Shah.

Baginda berkenan diberikan taklimat menyeluruh mengenai sejarah penubuhan Wakaf Diraja Sultan Idris Murshid-ul-Adzam Shah, termasuk perjalanan panjang institusi ini yang diperundangkan sejak tahun 1917 melalui enakmen khas. Galeri itu mempamerkan beberapa penerima manfaat terbesar iaitu Madrasah Idrisiah, Masjid Ridzwaniah dan Makam Diraja Al-Ghufran, selain aset-aset komersial di Kuala Kangsar yang menjadi sumber kewangan untuk membiayai faedah masyarakat. Sementara itu, Pengurus Besar Wakaf Diraja Sultan Idris Murshid-ul-Adzam Shah, Raja Hazwan Shah Raja Danil Akhsan berkata, galeri tersebut dibuka kepada tanpa bayaran masuk.

“Galeri ini kita fokuskan untuk orang ramai datang dan melihat sejarah perjalanan wakaf ini dan bagaimana aktiviti ini masih bertahan. Misalnya Madrasah Idrisiah sendiri telah melahirkan ramai ulama tersohor. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan merupakan alumni sekolah ini,” katanya.

Menurut beliau, galeri turut mempamerkan maklumat kepada pengunjung mengenai bagaimana mereka boleh berwakaf secara tunai berbanding kebiasaan iaitu menerusi tanah dan bangunan.

Raja Hazwan Shah berkata, Lembaga Muzium Negeri Perak memainkan peranan penting bagi mendokumentasikan, memelihara serta memartabatkan sejarah yang terkandung dalam institusi wakaf tersebut.

“Usaha ini memastikan bahawa sejarah tidak sekadar disimpan, tetapi difahami, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang. Tourism Perak Management Berhad pula telah membantu mengangkat Wakaf Diraja ini sekali gus membuka ruang kepada masyarakat luar dalam konteks pelancongan warisan,” katanya.

Galeri dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. 

Sumber: Utusan Malaysia

Khamis, April 23, 2026

Projek Buku Kuala Kangsar: Sejarah Popular dan Memori Kolektif

 

Foto ihsan FB Taki Takiyuddin 

Khamis, April 02, 2026

Menara Jam Taiping Berwajah Baharu


Menara Jam Taiping yang berusia 145 tahun kini berwajah baharu dengan  menggabungkan elemen sejarah dan teknologi selepas melalui fasa baik pulih sekali gus dijadikan sebagai Pusat Interpretasi Pelawat. Menara jam di Jalan Kota dan pernah dikenali sebagai The Fort itu menjadi mercu tanda ikonik bandar Taiping.
Struktur asal menara jam itu dibina pada 1881 menggunakan kayu dan dibina semula pada 1891 dengan menggunakan batu bata, serta pernah digunakan sebagai Town Police Station dan balai bomba.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee berkata projek baik pulih itu melibatkan kos RM400,000 yang disediakan Kementerian Kewangan serta dana daripada pelbagai pihak.
Loh berkata antara tarikan utama di pusat interpretasi itu ialah model tiga dimensi (3D) Bandar Taiping dengan gambaran visual yang jelas mengenai susun atur bandar warisan.
“Selain itu, terdapat Pusat Multimedia yang menayangkan dokumentari naratif budaya dan warisan Taiping serta galeri khusus yang memaparkan sejarah pembentukan Taiping serta perincian jejak pelancongan terbaharu. Ini langkah dan usaha yang baik daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Perbandaran Taiping dan Persatuan Warisan Taiping. Jadi, kita berharap ia menjadi lokasi lebih ramai pelancong mendapat informasi,” katanya selepas perasmian menara itu hari ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Warisan Taiping Liew Suet Fun berkata tumpuan mereka ialah meningkatkan kualiti naratif yang perlu diterjemahkan kepada pengunjung.
“Saya percaya aspek yang paling penting ialah kualiti penceritaan. Pengubahsuaian menara ini mengetengahkan warisan semula jadi dan budaya Taiping, menjadikannya tempat ideal berkongsi maklumat,” katanya.
-- BERNAMA

Ahad, Mac 22, 2026

Perang Meriam Kampung Talang

 

Foto ihsan FB Perak Press

Sabtu, Mac 21, 2026

Dataran Gangga Negara kembalikan seri kegemilangan pekan Beruas

 

Sumber: Berita Harian 

Selasa, Mac 10, 2026

Pokok Angsana Tertua di Malaysia

Foto ihsan FB Ong Seng Guan

Pokok angsana yang dipercayai terbesar di Malaysia terletak di Zoo Taiping & Night Safari, dengan ketinggian 32 meter, ukur lilit 11.3 meter, dan diameter 4.28 meter. Pokok yang berusia lebih 100 tahun ini terletak di kawasan Zoo Sentral dan menjadi mercu tanda alam semula jadi yang ikonik di dalam Zoo Taiping.

Sumber: FB YB Tiger Ong Seng Guan, ADUN Pokok Assam

Rabu, Mac 04, 2026

Kedai Lama Manong, Perak

 

Isnin, Mac 02, 2026

Celebration Gate Taiping


Celebration gate (Japanese style) yang dibina oleh masyarakat cina Taiping di Jalan Utama Taiping untuk meraikan kemenangan Tentera Imperial Jepun pada 22 Februari 1942.

Maksud pada tiang tersebut.
A. Perayaan
B. Majlis sambutan kejayaan tentera Dai Nippon oleh orang cina Taiping.
C. Suasana yang penuh meriah, rakyat bersorak meraikan kejayaan.
D. Saat yang membanggakan ini akan diingat sepanjang beribu tahun. Semua orang cina puji tentera Dai Nippon.
Mohon Azben Skymmar kenalpasti lokasi terkini gate ini dipacak. Lokasi sekarang berhampiran Jam Besar Pasar Lama Taiping dan Restoran Bismillah.
Kredit Sebastian Phua
Kredit terjemahan Mr Ah Bing.
Lordman Kerol
Taiping History

Sumber: FB Kisah & Sejarah

Khamis, Februari 12, 2026

Hari Radio Sedunia 2026 di Taiping, Perak


Hari Radio Sedunia 2026 tahun ini akan diadakan di Dataran Warisan Taiping dari 12-14 Feb 2026. Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM juga akan bersiaran secara langsung pada 13 dan 14 Feb 2026. Manakala Forum Perdana Hal Ehwal Islam akan bersiaran pada malam ini (12 Feb 2026) bersama YBhg Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias dan Ustaz Asyraf Ridzuan dan dikemudikan oleh Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud.

#HariRadioSedunia2026
#DataranWarisanTaiping

Ahad, Februari 01, 2026

Ronda-ronda Kuala Kangsar

Hari ini singgah di Bawah Lembah, Kuale. Nampak Balei Gambang tengah nunggu penumpang untuk pusing kat Sungei Perak.

1 Feb 2026

Sabtu, Januari 31, 2026

Khenduri di Kampung Semat, Manong, Perak


Petang tadi pergi khenduri anak Makcik Ramlah bt Haji Mohamed Ghazali (anak arwah Pah Aji) di Kg. Semat, Manong, Perak. Ini adalah keluarga sepupu belah arwah bapak yang asalnya di Bekor. Kami berkongsi moyang yang sama, Allahyarham Haji Muhammad Amin yang terlibat dalam Perang Bekor pada tahun 1946. Yang duduk sebelah pakcik adalah Ayah Haji Azizi, sepupu arwah bapak yang lama sungguh tak jumpa. Beliau dahulunya mutawif bagi jemaah umrah dan haji serta penceramah di Makkah. Beliau ada pondok pengajian di Jeliang, Manong.

31 Jan 2026

Majlis Pertunangan Amal Hayati Roslan Alwi


Hari ini ada majlis bacaan Yaasiin dan tahlil oleh Anak-anak Tahfiz dari Maahad Tahfiz al-Quran dan Hadith ar-Rahmah, Kg. Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kemudian, pada sebelah tengah harinya diadakan majlis pertunangan anak saudara (anak abang). Saya diamanahkan selaku Jurucakap bagi pihak keluarga perempuan. Semoga selamat sejahtera.

31 Jan 2026

Sabtu, Januari 24, 2026

Dataran Gangga Negara, Beruas, Perak

Foto ihsan FB Saarani Mohamad
Foto ihsan Ennie Beruas

BERUAS, 12 Jan: Pembinaan Dataran Gangga Negara menjadi pemangkin utama dalam usaha menghidupkan semula Beruas sebagai sebuah pekan yang lebih aktif, berdaya tarikan dan mesra komuniti. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek ini memberi nafas baharu kepada Beruas dengan menyediakan ruang awam bersepadu untuk kegunaan masyarakat setempat.

Menurut beliau, dataran tersebut berfungsi sebagai tempat orang ramai berkumpul, berinteraksi, beriadah serta menganjurkan pelbagai aktiviti komuniti melibatkan semua peringkat umur. Inisiatif ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk serta mengukuhkan hubungan sosial dalam kalangan komuniti setempat.

Saarani berkata, pembinaan Dataran Gangga Negara merupakan sebahagian daripada pelan menaik taraf dan memperindah Pekan Beruas secara berperingkat, selaras dengan hala tuju pembangunan kawasan tersebut. Projek ini direalisasikan menerusi kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Manjung dan Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat, sekali gus menjadi contoh kerjasama berkesan antara pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta.

Pengindahan semula Pekan Beruas melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM2.2 juta. Fasa pertama projek memberi tumpuan kepada pembangunan Laman Memori Beruas yang menampilkan elemen mural dan landskap bagi mengangkat identiti serta sejarah tempatan. Fasa kedua pula melibatkan pembinaan Dataran Gangga Negara dan penyediaan laluan pejalan kaki yang lebih selesa dan selamat, khususnya untuk warga emas dan kanak kanak.

Beliau turut menekankan kepentingan laluan pejalan kaki yang teratur selari dengan konsep bandar mesra pejalan kaki. Pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menjadikan persekitaran bandar lebih harmoni.

Menurut Saarani, kemudahan awam yang lebih tersusun juga menyokong aktiviti ekonomi tempatan apabila peningkatan kunjungan orang ramai membuka peluang baharu kepada peniaga kecil dan usahawan setempat. Pembinaan dataran ini turut dilihat dalam konteks pembangunan menyeluruh daerah Manjung yang dipacu oleh projek berimpak tinggi serta jaringan perhubungan yang semakin baik.

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, kewujudan kemudahan awam yang kemas dan terurus seperti Dataran Gangga Negara dijangka membantu Beruas bersedia menerima kehadiran pelawat dan meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi singgahan. Saarani menegaskan, kerajaan negeri menyediakan prasarana, namun kejayaan sebenar pembangunan bergantung kepada peranan masyarakat setempat dalam memanfaatkan serta memelihara kemudahan yang disediakan.

Sumber: Domain Awam (OneTiger)

Khamis, Januari 22, 2026

Penginapan Banglo Bukit Larut

 

Sumber: Majlis Perbandaran Taiping 

Isnin, Disember 29, 2025

Merpati Lima Sejoli


Merpati lima sejoli

29 Dis 2025
Lokasi: Simpang, Taiping

Ahad, Disember 07, 2025

Replika Kota Gangga di Lenggong, Perak


Menonton dokumentari 'Tradisi Lestari' di TV Okey yang memaparkan senibina tradisi lama - Kota Gangga. Ianya terletak di Kampung Chepor, Lenggong, Perak. Ianya dibina berdasarkan daripada Kitab Sulalatus Salatin

7 Dis 2025