Isnin, Mac 19, 2012

SPM

SPM? Suka-suka pileh menantu? atau Sapa suruh pi mana tau?

SPM adalah Sijil Pelajaran Malaysia. yang mana merupakan satu gateaway untuk pelajar sekolah menengah masuk ke alam pekerjaan atau sambung belajar. SPM merupakan satu titik mula perjalanan hidup bagi seorang budak remaja lelaki mahupun perempuan dalam mengenal erti hidup sebenar. Kenapakah SPM begitu penting? Ianya penting bagi mementukan hala tuju seseorang itu yang telah belajar selama 11 tahun bermula dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Tak ke lama tu sekolah? Kalau tak pandai lagi, tak tau nak kata apa lah.

Maka SPM menjadi kayu pengukur seseorang pekajar sekolah itu dalam menentukan nasib hidupnya, mahu senang atau sebaliknya. Selalunya ada yang akan kerja terus bila dah dapat result SPM, atau yang dapat result bagus, akan mengisi borang masuk universiti atau kolej. Ada juga yang ditawarkan untuk masuk Tingkatan 6 dan akan ambil STPM dalam masa dua tahun.

Oleh itu, SPM adalah satu sijil yang berharga buat semua pelajar yang berada di Tingkatan 5. Nak tak nak, kena lulus SPM.

Aku dulu ambil SPM tahun 1994 di Taiping, Perak. Semua sekali 10 subjek:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik Pilihan C
Sains
Sejarah
Pendidikan Seni
Geografi
Kesusasteraan Melayu
Perdagangan
Pendidikan Islam

Aku kelas Kemanusiaan dan No angka giliran, aku ingat lagi ---> AG037 A002. Hasil daripada keputusan SPM ni, aku apply ITM dan dapat masuk course DBS Insurance (Intake January 1996).

Keputusan SPM 2011 akan diumumkan pada 21 Mac 2012, good luck kepada semua calon 2011.

2 ulasan:

Raptor 7 berkata...

Aku dulu blajaq tak pandai, dok main2 je mai sekolah.. buleh la takat lulus je pastu sambong blajaq kat UiTM machang kelantan.. syok wooo...

lagi satu psl SPM = Sapa Punya Marka??

marka tanjung berkata...

aaaaaaaaaaaaaaaaaa sapa punya marka? hehehehehehe

sup peda menyengat....

belajaq tak pandai, tapi buleh masok universiti tu dah kira baguih la...