Ahad, Mei 12, 2013

Kenduri Kesyukuran

Musim PRU dah abis, maka ada yang menang dan ada yang tak memang. Pendek kata, yang menang akan melonjak keriangan manakala yang tak menang akan merenung kembali dan bermuhasabah apa yang tidak kena dengan usaha yang telah dilakukan. Bagi yang menang pulak, geng-geng ni akan membuat kenduri atau jamuan kesyukuran tanda sokongan padu oleh penyokong masing-masing. Maka, jamuan akan disediakan dan bacaan doa akan kedengaran semasa majlis tersebut.

Ucapan terima kasih atas sokongan padu penyokong membuatkan lagi semangat semasa ucapan disampaikan. Sokongan rakyat membantu saya dalam kemenangan ini. Terima kasih. Bagi yang tak menang, post-mortem akan dilakukan demi mencari resolusi yang akan digunakan untuk peperangan yang akan datang.

Akhir kata untuk semua, tahniah dan teruskan berjuang. Masa untuk menjalankan tugas sudah bermula.

Tiada ulasan: