Khamis, Mac 27, 2014

Biografi Amy Search



“Ia akan menceritakan pengalaman suka dan duka saya sepanjang 30 tahun pembabitan saya dalam bidang hiburan,” kata Amy Search yang bakal menerbitkan buku biografinya hujung tahun ini. Amy berkata, penerbitan biografi itu merealisasikan impiannya untuk memiliki buku sendiri yang menceritakan kisah hidupnya selepas mendapat banyak permintaan daripada peminat.

“Ini adalah perkongsian eksklusif daripada saya kepada semua peminat saya yang memberi sokongan sejak bergelar artis pada tahun 1980-an lagi.  Selama ini saya dapat terus bertahan disebabkan sokongan yang tidak pernah putus daripada peminat. Jadi tidak salah untuk saya berkongsi kisah kehidupan saya bersama mereka,” kata­nya.

Amy berkata, buku setebal kira-kira 400 muka surat itu sudah 70 peratus disiapkan dan dijangka akan berada di pasaran hujung tahun ini. Dalam pada itu, Amy juga bakal muncul dengan album solo terbarunya yang akan berada di pasaran pada Julai nanti. Menurutnya, dia enggan mendedahkan judul album berkenaan kerana mahu memberi kejutan kepada peminat-peminatnya yang sudah lama menantikan kemunculan album solonya.  Selain tampil dengan pelbagai jenis lagu baru, album berkenaan juga bakal menyaksikan pembabitan beberapa penyanyi popular antaranya Datuk M Nasir.

“Kali terakhir saya merakam album solo ialah 13 tahun lalu. Jadi tahun ini adalah masa yang sesuai untuk saya,” kata­nya.

Sumber: www.hmetro.com.my

Tiada ulasan: