Isnin, Julai 27, 2020

Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang

Masjid Al-Ikhwaniah ini terletak di Jalan Matang, Pekan Simpang, Taiping, Perak. Masjid ini merupakan masjid baharu yang dibina bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1975 yang agak kecil bagi menampung pertambahan penduduk yang ingin menunaikan solat. Masjid ini mula dibina pada tahun 2000 dan dibiayai oleh arwah Tan Sri Basir bin Ismail yang merupakan anak jati Simpang boleh memuatkan seramai 3,000 orang pada satu-satu masa. 

Tiada ulasan: