Memaparkan catatan dengan label simpang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label simpang. Papar semua catatan

Khamis, April 10, 2025

Abang Bawang & Adik Kacang SB


Beli barang kat kampung hari tu. Selalu panggil kedai borong ja, rupa-rupanya nama kedai tu adalah 'Abang Bawang & Adik Kacang SB'. Mujor tak bagi nama Makcik Bawang. Ragam Syawal 1446.

Selasa, Disember 10, 2024

Surau Al-Maaruf (Surau Diri Jumaat), Taman Mawar, Simpang, Taiping


Lokasi Surau Al-Maaruf

Surau Al-Maaruf (Surau Diri Jumaat), Simpang, Taiping, Perak Darul Ridzuan

Assalamualaikum Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.

Surau Al-Maaruf akan melaksanakan projek membina bangunan bilik pengurusan jenazah bagi memenuhi keperluan kariah di bawah seliaan Surau Al-Maaruf. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 60,000.00 diperlukan. Sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin membuat sumbangan, boleh hubungi Ahli Jawatankuasa atau masukkan sumbangan ke dalam akaun bank surau seperti tertera di bawah:

Surau Al-Maaruf
No. akaun: 1102142812
Bank: Bank Rakyat

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pengerusi: Mejar (B) Ariff - 016-204 2099
Timb. Pengerusi: En Zamri - 019-556 6254
Bendahari: En Abd Manaf - 013-441 2403
Setiausaha: En Mahyudin - 013-470 2637

Alamat:
Surau Al-Maaruf (Surau Diri Jumaat)
Lorong 17, Taman Mawar, 34700 Simpang, Taiping, Perak Darul Ridzuan

Rabu, April 10, 2024

Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang


Meraikan Hari Raya dan menunaikan Sembahyang Sunat Aidil Fitiri di Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang, Taiping

1 Syawal 1445H / 10 April 2024
Maaf Zaher dan Baten

Jumaat, Disember 30, 2022

Sembahyang Jumaat di Simpang

Bangunan masjid lama


Seronok budak kecik ni dok kat wakaf


Sembahyang jumaat di Masjid Ikhwaniah, Simpang. Masjid lama ada di sebelahnya. Masjid ini diwakafkan oleh Arwah Tan Sri Bashir yang mana beliau adalah asal orang Simpang dan arwah juga disemadikan di perkuburan sebelah masjid.

30 Dis 2022

Selasa, Disember 27, 2022

Pasar Malam Taman Kota Jaya, Simpang

 

Mak buat kunci pendua


Nash Reen OE96, junior KEVII School, Taiping

Abdul Wahab, kawan masa SK Simpang

Lama tak pi pasar malam Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping ni. Bila ada peluang balik kampung, maka inilah masanya meronda ke pasar malam. Lokasinya masih tempat yang sama. Syukur dapat jumpa kawan lama.
#PasarMalamTamanKotaJaya

Isnin, Julai 27, 2020

Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang

Masjid Al-Ikhwaniah ini terletak di Jalan Matang, Pekan Simpang, Taiping, Perak. Masjid ini merupakan masjid baharu yang dibina bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1975 yang agak kecil bagi menampung pertambahan penduduk yang ingin menunaikan solat. Masjid ini mula dibina pada tahun 2000 dan dibiayai oleh arwah Tan Sri Basir bin Ismail yang merupakan anak jati Simpang boleh memuatkan seramai 3,000 orang pada satu-satu masa.