Selasa, Jun 27, 2023

Hari Arafah 2023

 


Tarikh Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah 1444 / Hari Wuquf bagi tahun ini ditetapkan pada 27-28 Jun 2023.

Waktu Wukuf di Padang Arafah bagi tahun ini 27 Jun 2023 (Selasa) adalah seperti berikut:

12.23 pm – 7.05 pm (Waktu Wukuf Di Mekah)


BERSAMAAN

5.23 pm – 12.05 am (Waktu Wukuf Di Malaysia)


Waktu yang afdhal dan mustajab doa untuk munajat adalah satu masa yang bersamaan dengan masa wukuf.


Jadinya wukuf jatuh pada hari Selasa, waktunya bermula Zohor sehingga Maghrib (waktu Saudi) dan di Malaysia kira-kira waktu lepas Asar juga pada hari Selasa sehingga anggaran waktu Isya’.


Itulah waktu mustajab doa, kita doa banyak-banyak pada Allah dan tumpukan perhatian lebih pada waktu tersebut.


Manakala tarikh untuk berpuasa sunat Hari Arafah di Malaysia adalah pada 28 Jun 2023 (Rabu)

Tiada ulasan: