Ahad, Mac 17, 2024

Album Fenomena kumpulan Search (1989)

 

Foto sumber dari Youtube Zona Lalu Official

Album Fenomena – Search (1989)

Album Fenomena oleh kumpulan Search ini diterbitkan pada tahun 1989. Sudah semestinya album ini diterbitkan oleh M. Nasir dan diedarkan oleh syarikat PMC. Album ini merupakan satu album yang paling berjaya dan dipasarkan ke luar Malaysia. Antara detik terpenting berkaitan album ini ialah pengunduran pemain gitar utama, Hillary Ang semasa proses rakaman album. Seterusnya, tempat Hillary diganti dengan bekas pemain gitar kumpulan Gersang, Kidd (Hamzah Mohd Taib) yang merupakan adik kepada pemain gitar kedua Search, Nordin.

Dalam album ini, Hillary bermain gitar untuk lagu-lagu:

Fenomena

Pawana

Gadis Misteri

Derap Komando

Bencana

Ku Taklukkan Dunia

Songsang

 

Manakala, Kidd pula bermain bagi lagu-lagu:

Isabella

Purnama

Menara Kesesatan

 

Album Fenomena kekal mantap dan cemerlang sehingga ke hari ini yang mana sudah mencapai umur 35 tahun.

Tiada ulasan: