Rabu, April 10, 2024

Senandung Aidil Fitri - Dwen & Nada Murni


SENANDUNG AIDILFITRI - Dwen & Nada Murni

Terdengar takbir di subuh yang hening
Tandanya Syawal menjelang lagi
Aidilfitri hari bahagia
Bersyukur kerana dipanjangkan usia

Tua dan muda miskin dan kaya
Tak kira apa jua bangsanya
Hulurkan tangan mari bermaafan
Rapatkan ukhwan ikatkan iman
Dalam riang menyambut hari raya
Jangan dilupa mereka yang tiada
Hulurkan bantuan sertakan doa
Agar bahagia hati mereka
Jangan dicerca jangan dihina
Itu bukan budaya kita
Ingatlah kita hanya hamba-Nya
Banyakkan syukur pada Yang Kuasa
Dunia ini tak kekal lama
Akhirat jua kekal abadi

Tiada ulasan: