Khamis, April 04, 2024

Edwardians Unite

 


WA Group Edwardians Unite 2.0 merupakan satu group WhatsApp yang telah diilhamkan oleh beberapa orang Old Edwardians senior yang memikirkan bagaimana untuk membantu Old Edwardians yang terkesan semasa PKP tempohari. Ianya bertujuan untuk menyelaras dan mengenalpasti sumbangan yang diperlukan di kalangan Edwardian.

 

Salah seorang pelopornya ialah OE81 Tiger Abd Latiff yang mana kumpulannya sering mengadakan siri program CSR berkongsi pengalaman bersama pelajar SMKEVII beberapa tahun yang lepas. Tiger Latiff juga adalah salah seorang ahli jawatankuasa yang mengusahakan Projek Pusat Islam di SMKEVII.

 

Group ini juga berfungsi untuk menyokong PIBG SMKEVII dan juga SMKEVII sekiranya ada apa-apa keperluan terutamanya dari segi kewangan.

 

Oleh itu, idea untuk mewujudkan satu gabungan Old Edwardians (OE) dari setiap batch telah diusahakan pada bulan Mac 2020. Alhamdulillah banyak batch sudah ada wakil supaya maklumat dapat disalurkan ke setiap batch yang ada. Inisiatif membantu OE yang terkesan semasa PKP juga telah dilaksanakan dengan mengumpul dana dan diberikan kepada OE yang berkenaan.

 

Selepas beberapa perbincangan, Edwardians Unite telah bersetuju untuk memberi kuasa mengumpul dana kepada Cikgu Iznida selaku Setiausaha

 

Usaha yang terbaru dari Edwardians Unite ini ialah memberi sumbangan kepada seorang OE yang telah meninggal dunia di Taiping. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Cikgu Iznida kepada isteri arwah. Berita ini juga ada diposkan dalam FB Edwardians Old and Young Tigers.

 

Edwardians Unite akan berusaha dari masa ke semasa untuk menyokong segala aktiviti yang melibatkan pihak sekolah khasnya dan juga komuniti Taiping secara amnya.

Tiada ulasan: