Dr. Hideki Wada, seorang pakar psikiatri berusia 61 tahun yang pakar dalam kesihatan mental WARGA EMAS, baru-baru ini menerbitkan buku bertajuk Tembok Berusia 80 Tahun Sebaik sahaja buku ini dilancarkan, penjualannya terus melonjak— lebih 500,000 naskhah terjual dan diramalkan akan menembusi angka 1 juta naskah. Buku ini berkemungkinan besar akan menjadi buku paling laris di Jepun tahun ini.
Berikut adalah 44 pesanan bijak daripada Dr. Wada yang patut dibaca dan dikongsikan, terutamanya kepada ibu bapa tersayang:
1. Teruskan berjalan setiap hari, walaupun perlahan-lahan.
2. Saat berasa geram atau marah, tarik nafas panjang dan bertenanglah.
3. Lakukan gerakan ringan supaya tubuh tidak menjadi kaku.
4. Jika menggunakan penyaman udara (AC) pada musim panas, banyakkan minum air.
5. Jangan malu memakai lampin jika perlu — ia sebenarnya membantu kita bergerak dengan lebih bebas.
6. Banyak mengunyah menjadikan otak dan tubuh lebih aktif.
7. Sifat pelupa bukan semata-mata kerana usia, tetapi kerana otak jarang digunakan.
8. Tidak semua masalah kesihatan perlu diatasi dengan ubat yang banyak.
9. Jangan terlalu memaksa untuk menurunkan tekanan darah dan paras gula secara mendadak.
10. Menyendiri tidak bermakna kesunyian, ia boleh menjadi waktu untuk bersantai.
11. Berasa malas itu perkara biasa, lebih-lebih lagi jika memang kepenatan.
12. Jika sudah tidak boleh memandu dengan selamat, lebih baik berhenti daripada ditimpa kemalangan.
13. Lakukan perkara yang anda suka dan jauhi perkara yang mencetuskan stres.
14. Umur mungkin tua, tetapi keinginan semula jadi masih boleh dirasai.
15. Jangan hanya berkurung di rumah — cari udara segar dan lihatlah dunia luar.
16. Makanlah apa yang anda suka, asalkan tidak berlebihan. Berisi sedikit tidak mengapa.
17. Lakukan segala perkara dengan perlahan dan berhati-hati.
18. Jauhi orang yang membuatkan anda berasa tidak selesa.
19. Kurangkan masa di hadapan TV dan telefon bimbit.
20. Kadangkala lebih baik berdamai dengan penyakit daripada terlalu memaksa untuk sembuh sepenuhnya.
21. "Sentiasa ada jalan" — ayat ini boleh menjadi kekuatan saat kita merasa buntu.
22. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar itu sangat penting.
23. Mandi tidak perlu lama, cukup sekadar 10 minit.
24. Jika tidak boleh tidur, jangan paksa diri.
25. Perkara yang menggembirakan hati dapat mengekalkan kecergasan otak.
26. Jangan terlalu memendam perasaan, katakan sahaja apa yang ingin disampaikan.
27. Cari doktor keluarga yang anda percayai sejak awal lagi.
28. Tidak perlu sentiasa beralah. Kadangkala menjadi "warga emas yang nakal" itu menyihatkan.
29. Tidak mengapa jika sesekali pendapat kita berubah.
30. Demensia (nyanyuk) di penghujung usia mungkin cara Tuhan untuk menjadikan kita berasa tenang.
31. Jika berhenti belajar, kita akan lebih cepat kelihatan tua.
32. Tidak perlu mengejar darjah atau kehormatan — apa yang ada sekarang sudah mencukupi.
33. Sifat polos atau lurus adalah keistimewaan orang tua.
34. Hidup kadangkala merumitkan, tetapi itulah yang menjadikannya menarik.
35. Berjemur di bawah cahaya matahari boleh menceriakan hati.
36. Berbuat baik kepada orang lain turut membawa kebaikan kepada diri sendiri.
37. Jalani hari ini dengan tenang dan santai.
38. Mempunyai keinginan adalah tanda kita masih hidup dan bersemangat.
39. Sentiasa berfikiran positif.
40. Tarik nafas dengan lega, hidup tidak perlu terburu-buru.
41. Anda yang menentukan bagaimana anda mahu menjalani kehidupan.
42. Terima segala yang berlaku dengan hati yang tenang.
43. Orang yang ceria biasanya disenangi ramai.
44. Senyuman boleh membawa banyak keberkatan.




![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan