Memaparkan catatan dengan label Jam The Beatles. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jam The Beatles. Papar semua catatan

Isnin, September 08, 2025

Jam The Beatles



Jam The Beatles

Sekitar tahun 1995, iaitu selepas keputusan SPM tahun 1994 keluar, arwah bapak membawa aku ke sebuah kedai jam yang terletak di Tingkat 1, Bangunan Larut Matang, Jalan Panggung Wayang, Taiping. Dia suruh pilih jam apa yang minat. Aku dah Nampak koleksi jam The Beatles yang aku idam-idamkan selama ini. Di kedai itu, ada tiga kategori harga iaitu RM 189.00, RM 149.00 dan RM 139.00. Aku buat keputusan pilih yang paling murah iaitu RM 139.00. Oleh kerana towkay kedai jam itu kenal dengan arwah bapak, maka dia bagi diskaun sehingga jadi harga RM 83.00 sahaja. Alhamdulillah. Yang bagusnya adalah dia punya bekas kayu yang unik berbentuk gitar. 

Aku tak sampai hati nak mintak yang paling mahai memandangkan keputusan SPM tidak hebat sangat.

Mengikut maklumat, keluaran jam tersebut adalah pada tahun 1993. Jam tersebut masih aku simpan sehingga ke hari ini. Ianya menjadi satu harta yang bernilai dan terus menjadi satu koleksi klasik untuk masa depan. 

Nota: Jam yang ada dalam simpanan adalah yang bertanda hijau. Arwah bapak, Haji Haris@Harib bin Abdul Munai (Lahir: 3 Nov 1938) meninggal pada 12 Oktober 2010. Doakan beliau dirahmati Allah selalu.