Memaparkan catatan dengan label Larut Matang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Larut Matang. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 01, 2025

Kisah Supermarket Larut Matang, Taiping

 

Foto ihsan Foodveler

Larut Matang Supermarket di Taiping, Perak merupakan sebuah pusat beli-belah yang terletak di Jalan Panggung Wayang, berdekatan dengan kawasan bandar. Ia menawarkan pelbagai barangan keperluan harian termasuk makanan, minuman, dan produk runcit, menjadikannya lokasi yang mudah diakses oleh penduduk setempat. Supermarket ini juga berdekatan dengan Larut Matang Hawker Centre, menjadikannya sebahagian daripada kawasan tumpuan membeli-belah dan makanan di Taiping. 

Di situ terdapat gerai makanan seperti Mee Combat, Basri Satay, Famous Omar Popiah Taiping, ABC Black Mountain, Ayaq Nyioq dan pelabagi lagi. 

Suasana di sini meriah dan santai, sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam, dengan harga yang berpatutan dan rasa autentik yang mencerminkan warisan kulinari Taiping. 

Ahad, November 17, 2024

Mee Combat Taiping

 

Sumber: Internet 

Gambar lama pewaris Gerai Mee Combat
Sumber: Internet 
Sumber: Internet 

Mee Goreng Combat
Sumber: Internet 

Tahun 1945 ianya diasaskan
Sumber: Internet 

Gerai Mee Combat yang legend ni terletak di bahagian bawah Bangunan Larut Matang. Dahulunya, bangunan ini menempatkan pasaraya Larut Matang dan kemudian menjadi Fajar Supermarket. Lama-kelamaan pasaraya tersebut ditutup atas faktor pemasaran. Tetapi, kawasan tempat makan di bawah bangunan ini masih kekal beroperasi sehingga ke hari ini. 

Sekiranya tuan puan datang ke Taiping, boleh cari tempat ini yang terletak di Jalan Panggung Wayang dan terletak berhampiran dengan bangunan Pasar Awam Taiping (1884).

Jom ke Taiping!!!