KEJAYAAN Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016 menjadi penanda aras
baharu dalam arena bola sepak tanah air untuk mencapai kecemerlangan di
persada antarabangsa.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi Bernama berkata, kejayaan itu membuatkan lebih ramai pemain lain akan berusaha untuk mencapai kejayaan di pentas bola sepak dunia.
"Kejayaan ini bukan sahaja buat dirinya namun ia penting bagi pemain lain meletakkan sasaran pencapaian peribadi mereka dalam bola sepak. Saya percaya sedikit sebanyak, ia akan memberi kesan positif kepada pemain lain," katanya.