Sabtu, Januari 13, 2024
Solidarity Walk For Palestine
Rabu, November 15, 2023
Selasa, Oktober 24, 2023
Isnin, Oktober 23, 2023
Orang Melayu pertahankan Palestin sejak tahun 1930
18/10/2023 | Oleh Dr. Abu Hanifah Haris
PERJUANGAN rakyat Palestin bagi membebaskan tanah air mereka bukanlah asing bagi orang Melayu. Orang Melayu sebenarnya sudah bersimpati dan membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh imigran Yahudi sejak tahun 1930 lagi, iaitu ketika krisis penindasan rakyat Palestin sedang berkembang pesat. Akhbar Semangat Islam melaporkan bahawa Haji Abu Bakar Ashaari, Presiden al-Jamiyyah al-Khairiyyah al-Ṭalabiyyah al-Azhariyyah al-Jawah (Persatuan Kebajikan Pelajar Jawi al-Azhar) bersama-sama sahabatnya Abdul Kahar Muzakkir tiba di Palestin pada tahun 1930. Dalam pertemuan tersebut, Suruhanjaya Buraq al-Sharif ditubuhkan di bawah Liga Bangsa bagi mengelakkan tercetusnya konflik antara agama.
Pada tahun 1931, Mufti Jurusalem iaitu Hajj
Amin al-Husayni telah menganjurkan Persidangan Umum Islam di Palestin bagi
menyatukan pandangan umat Islam dalam rangka mempertahankan bumi Palestin.
Dalam persidangan tersebut, Abdul Kahar Muzakkir telah dilantik sebagai
Setiausaha Muktamar Alam Islami. Dalam hal ini, status sebagai pelajar tidak
pernah menghalang pelajar Melayu di Mesir untuk mengambil berat terhadap
saudara seagama mereka di Palestin, malah turut sama memberikan buah fikiran
bagi menyelesaikan konflik tersebut.
Sabtu, Oktober 21, 2023
Balada Seorang Gadis Kecil - Zubir Ali (1949-2009)
Balada Seorang Gadis Kecil - Zubir Ali (1982)
Tontoni video di sini
Gadis kecil itu telah
bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal
erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17
September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17
September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina
Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa kekejaman manusia
Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban
Peperangan
Nota: Arwah Zubir Ali merupakan bekas anggota kumpulan Harmoni yang ditubuhkan pada tahun 1973 di ITM.