Memaparkan catatan dengan label Stadium Shah Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Stadium Shah Alam. Papar semua catatan

Rabu, Julai 03, 2024

Stadium Shah Alam Mula Dirobohkan


KERJA MEROBOH STADIUM SHAH ALAM BERMULA

2 Julai 2024

Kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam sedang giat dilakukan oleh kontraktor Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) selepas syarikat pemaju menerima permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Tinjauan Bernama hari ini (2 Julai) mendapati kerja perobohan yang dijangka mengambil masa setahun ini dilakukan secara konvensional menggunakan jentera dengan meminimumkan bunyi dan habuk.
Stadium Shah Alam dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1994 dengan kapasiti 80,372 orang.
Ia akan digantikan dengan stadium berwajah baharu yang lebih moden berkapasiti 35,000 sehingga 40,00 orang.
Dengan nama baharu Kompleks Sukan Shah Alam, fasiliti ini bakal memiliki padang boleh alih (retractable pitch) pertama di Malaysia, pusat latihan dan kemudahan canggih lain bertaraf dunia.
Sumber Gambar dan Berita: BERNAMA

Sabtu, April 06, 2024

Stadium Shah Alam akan dirobohkan bermula Mei 2024

 

Sumber: Utusan Malaysia 

Ahad, Februari 05, 2023

Projek Pembangunan Stadium Shah Alam

 

Berkesempatan melihat model pembangunan baharu Stadium Shah Alam yang dipamerkan di SACC Mall, Seksyen 14, Shah Alam. 
5 Feb 2023