Menerima perkhabaran pagi tadi bahawasanya abang kepada mak, Allahyarham Pak Andak Md Nor bin Hamzah bin Mat Riau telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Feb 2025 jam 2.50 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Lurah Bilut, Pahang. Arwah tinggal bersama anak lelaki beliau yang kami panggil Abang Enon dan keluarganya di Felda Lurah Bilut, Pahang. Sebelum ini, rumah beliau terletak di Kampung Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak yang tidak jauh dari rumah keluarga Fedtri Yahya, pengacara TV3.
Kali terakhir berjumpa adalah semasa arwah datang beraya ke Taiping pada tahun 2022.
Semoga Allah merahmati arwah dan mengampuni segala silap yang lalu (1933-2025)
Misi Usaha Ziarah Waris Mat Riau. Hari ini misi ke Felda Lurah Bilut, Pahang bagi menziarahi Pak Andak Mohd Nor bin Hamzah bin Mat Riau. Beliau kini tinggal dengan anak lelakinya, Zainon bin Mohd Nor. Turut serta dalam misi kali ini ialah Anjang Rohsenah binti Hamzah bin Mat Riau yang merupakan adik perempuan Pak Andak. Pak Andak yang kini berusia 91 tahun (Lahir: 21 Nov 1933).
Hari ini ke Kuala Selangor memenuhi undangan kenduri kahwin anak kepada Abang Sedara, Isram Ismail (Abang kepada Azrel Ismail). Ini kali pertama kali jumpa. Tok dia dan Tok kami ni adalah adik-beradik yang asalnya dari Beruas, Perak.
Goodreads Malaysia 5809 members GOODREADS MALAYSIA (GR-MY)
"BERNAFAS DENGAN BUKU"
Tempat pencinta dan pencandu buku Malaysia berkumpul, bertukar pendapat mengenai buku-buku yang telah dibaca, sedang dibaca dan bakal dibaca serta berbincang segala hal yang indah (atau sebaliknya) berkaitan dunia buku. Turut mengalu-alukan pembaca antarabangsa / serantau yang meminati buku-buku Malaysia, terutama dari Brunei, Indonesia, selatan Thai dan Singapura. Mari kutip semula semangat membaca yang pernah hilang, atau kobarkan lagi yang sudah menyala biar terang.