Musim haji tiba lagi, penerbangan pertama para jemaah haji Malaysia yang pertama telah berlangsung pada hari Khamis (30 Okt 2008) yang telah dihadiri oleh DYMM Agong, Sultan Mizan di Kelana Jaya. Panggilan untuk ke Makkah akan berlaku setiap tahun yang akan dihadiri oleh ribuan manusia dari setiap pelusuk dunia semata-mata untuk mengunjungi Baitullah Yang Agong. Dengan tertunainya ibadat haji, maka cukuplah rukun Islam yang lima. Kepada sesiapa yang mampu, maka berbuatlah demikian. Kunjungan ke Makkah adalah satu kunjungan yang amat bermakna bagi setiap jemaah haji. Bukan semua orang dapat pi ke sana.