Memaparkan catatan dengan label kelana jaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelana jaya. Papar semua catatan

Ahad, November 02, 2008

En Haris, Pn Rosiah ke Makkah

P/s: 3/11/2008 merupakan ulangtahun ke 70 tahun En Haris, dan 3/12/2008 merupakan ulangtahun ke 67 Pn Rosiah. SELAMAT ULANG TAHUN... SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR.. Hari Sabtu lepas (1 November 2008), aku dan keluarga pergi ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk menyaksikan pemergian Bapak + Mak aku ke Tanah Suci Makkah. Aku sampai kat sana dalam kul 7.15pm. Susana pada masa tu memang dah sesak dengan kenderaan yang banyak. Company yang mengusahakan parking memang buleh buat untung malam tu. Ada jugak yang cari parking free, parking kat depan rumah orang la jawabnya. Pada malam tu, penerbangan KT09 yang mana memerlukan setiap jamaah melaporkan diri pada jam 9.30 malam. Susana dalam kompleks Tabung Haji memang havoc lah, dengan orang yag ramai seta saudara-mara yang turut serta ingin berjumpa dengan bakal haji. aku buleh respek kepada petugas-petugas Tabung Haji yang sporting apabila kita berurusan dengan depa la. Apabila sampai masa untuk melapor diri, semua orang menuju ke arah bangunan utama untuk "check-in". Masa nielah keadaan bersesak-sesak berlaku. Aku pon ambik kesempatan untuk capture sikit keadaan masa tu. Memang ramai, orang tidak hiraukan keadaan sekeliling. Masing-masing memerhatikan ibu-bapa masing2 beratur menunggu giliran. Itulah keadaan kecil jika dibandingkan bila berada di Makkah nanti. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Bapak dan Mak menaiki pesawat KT09 menuju ke Madinah terlebih dahulu dan dijangka akan pulang ke Malaysia pada 16 Disember 2008 jam 10.40 malam di KLIA, Sepang. Semoga selamat pergi dan selamat Kembali. Amin.