Selasa, Ogos 30, 2005

The Heritage

wahai rakan-rakan sekalian, sempena hari independence nie, marilah kita sama-sama menghayati sebuah puisi ini dimana ianya pernah menjadi lagu ITM pada tahun 1980an:

Warisan

Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri. Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci, Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan. Masa depan sungguh kelam,
Kan Maruah peribadi dah hilang. Kin i kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri. Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Ahad, Ogos 28, 2005

King Diamond old house


KING DIAMOND is back again with another horror story that is created from the hole that once held his soul. With his lofty and haunting voice the King outlines the story throughout this CD.

This CD is full of catchy guitar hooks and solos. The Kings’ voice is as good as ever with his signature multiple layer harmonies to add a pseudo satanic/horror feel to the songs. Andy LaRoque and Pete Blakk are great guitar players and seemingly underrated in the normal guitar circles in what they do. Throughout the CD I hear great homage being paid to the sound of old JUDAS PRIEST.

If I had to list songs that I particularly thought were considered favourites on “Them” I would be hard-pressed to do so. I must admit though I do like the arrangement in “Mother’s Getting Weaker” and “Tea”. The little interludes between the songs like “Out From the Asylum” and “Phone Call” are amazing, they set the mood for the upcoming songs.

If you’re looking for a CD that can scare you crazy then I suggest this “Them”. You cannot get any better than the master of Horror and death than KING DIAMOND himself. (Online July 8, 2004)

Rabu, Ogos 17, 2005

Facultyf Iformation Studies


The Faculty of Information Studies, formerly known as the School of Library Science, was established in 1972. The librarianship programme was first offered in the School of Administration and Law in 1968 with the aim of preparing students for the external professional examinations of the Library Association (ALA), United Kingdom. When the School of Library Science was set up in July 1972, the programme was replaced by a three -year diploma programme (post-Higher School Certificate), which was designed to fill local needs and fulfil the requirements of the library profession in the country.


The School also introduced the Postgraduate Diploma in Library Science. It offered an opportunity for graduates of local and overseas universities to enchance their professional career in library and information science.In keeping with the trend and development in this field, elements of information science were incorporated into the curriculum in 1978. Subsequently, in 1981, the School was renamed the School of Library and Information Science. In 1992, courses in Records Management and Archives Administration were offered and the three year diploma programme was extended to four years for the Advanced Diploma programme, which is recognised by the Malaysian government as an equivalent of a bachelor's degree (Hons.).

In 1996, the Advanced Diploma programme was elevated to that of the Bachelor in Library Science (Hons.).In 1997, the name of the School was changed to the Faculty of Information Studies. It was then that the Master of Science in Information Management (by coursework) was introduced. In 1999, the Faculty began to offer the PhD programme. In 2000, the Master of Science in Information Management was also offered by means of the Flexible Learning Programme (FLP). In 2001, the Master of Science in Information Management (by research) was introduced. In 2003, the Master of Knowledge Management (KM) was introduced.

Courses offered:
IS 990 PhD (Information Management)
IS 780 Master of Science in Information Management (By Research)
IS 771 Master of Science in Knowledge Management
IS 770 Master of Science in Information Management (By Coursework) 
IS 220 Bachelor of Science in Information Studies (Hons.) (Library & Information Management)
IS 221 Bachelor of Science in Information Studies (Hons.) (Information Systems Management)
IS 222 Bachelor of Science in Information Studies (Hons.) (Records Management)
IS 223 Bachelor of Science in Information Studies (Hons.) (Info. Resource Centre Management)
IS 110 Diploma in Information Management

Selasa, Ogos 16, 2005

Siswazah dan kerja...

Enggan bersosial halangan utama siswazah dapat kerja

“SISWAZAH menganggur tidak harus terlalu memilih kerja. Buat sementara waktu, mereka perlu bekerja walaupun gaji dan bidang kerja tidak sepadan ijazah dimiliki. “Pendedahan awal alam pekerjaan penting kerana ia adalah pengalaman, khususnya kemahiran berkomunikasi. Apabila menguasai kemahiran ini dan yakin diri, barulah cari kerja berpadanan dengan pencapaian akademik,” kata Naib Presiden (Pendidikan) Petronas, Dr Rosti Saruwono (www.utp.edu.my)

Malah, beliau berkata, dengan pengalaman dan keyakinan tinggi, siswazah terbabit tidak menghadapi masalah meyakinkan penemu duga mengenai kebolehan dan kemampuan mereka.Katanya, antara aspek yang sering menjadi halangan siswazah ketika menjalani temu duga ialah tidak menguasai kemahiran berkomunikasi yang mengakibatkan kurang keyakinan diri. “Oleh itu, siswazah perlu menguasai kemahiran komunikasi ini dan cara terbaik ialah dengan bekerja. Saya berpendapat pelajar universiti wajar mengisi waktu cuti panjang mereka dengan bekerja sementara.

“Ketika bekerja walaupun sementara, mereka akan bertemu dan berhubung dengan pelbagai peringkat dan jenis orang. Ini dapat melatih mereka berkomunikasi dengan berkesan. Lama kelamaan mereka menguasai kemahiran ini dan yakin kepada diri sendiri,” katanya. Dr Rosti berkata, siswazah dilatih dua kemahiran utama ketika di universiti, iaitu intelektual yang membentuk cara mereka berfikir secara analitikal dan kritikal, manakala satu lagi bersosialisasi meliputi kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi bagi pembentukan keperibadian.

Bagaimanapun, katanya, aspek berkenaan tidak diajar secara formal, sebaliknya universiti lebih banyak menyediakan persekitaran siswazah mempertingkat dan mempertajamkan kemahiran berkenaan.Beliau berkata, sayangnya siswazah tidak memanfaatkan peluang itu untuk memperkukuhkan kemahiran berkenaan, tetapi lebih menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di bilik kuliah.

“Akibatnya, mereka tidak menguasai kemahiran ini untuk bersosialisasi. Saya rasa inilah antara kesilapan besar siswazah kerana gagal berkomunikasi dengan berkesan,” katanya. Mengenai peluang kerjaya, Dr Rosti berkata, peluang mendapat pekerjaan kini semakin sengit berikutan keadaan pasaran kerjaya yang mengecut, tetapi pada masa sama jumlah siswazah dikeluarkan universiti terus meningkat.

Selasa, Ogos 09, 2005

Jogho...


Mamat is a native of Kelantan, Malaysia, but he had left Malaysia many years earlier to join his brother Lazim in South Thailand in order to continue making his living as a trainer of fighting bulls (a Jogho). The practice had been outlawed in Malaysia but continued in Thailand. Mamat lives with his wife and three daughters, three divorcees and one who has not yet married, but he has sent his only son to boarding school in Kelantan. Mamat and Lazim are the leaders in a small village that depends mostly on the money won from gambling in bullfights for its sustenance.

The story begins when Lazim is killed by Isa at the bullfighting arena. By tradition, this leaves Mamat and the young men the responsibility of taking revenge and thus preserving the honor of the village. Mamat visits Kelantan and arranges for his friend Jaafar to find and kill the perpetrators. Returning home, Mamat is gored by his new bull and is bedridden for several days. At the same time Lazim's two sons and a friend have gone into the town and managed to kill Isa's son Hamdan and his assistant Dollah Munduk.

After the killing, the young men hide and Mamat is arrested by the Thai police, leaving the women alone to manage not only the village affairs but also to care for the bull. From the jail, Mamat pleads with his wife to pay the bail so that he will be able to fight the new bull. He is at last freed on the morning of the bullfight. At the bullfighting arena, Isa comes to avenge the death of his son. Isa shoots Mamat but miraculously misses his first shot and the second shot only manages to wound Mamat in the shoulder.

Mamat wrestles the gun from Isa and knocks him to the ground. Now Mamat has the chance to kill Isa and avenge the death of Lazim, but Mamat refuses as he has become tired of Malays killing Malays. He lowers the pistol. But Lazim's son Sani grabs the gun and shoots Isa instead. The police come and Mamat surrenders himself to them, taking the responsibility for the murder. Although Mamat is taken away by the Thai police, the cycle of violence within the Malay community continues.

Jerebu oh jerebu...

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapun-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.
Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.
Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu termasuklah :

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.


Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak :)

Jumaat, Ogos 05, 2005

Aqsa di kaki....

Firman Allah S.W.T.: "Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja-gereja (Kaum Nasrani) dan juga tempat-tempat sembahyang (synagogue kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah sebanyak-banyaknya..." (Surah al-Haaj: ayat 40)

Jika di dalam ayat di atas, umat Islam telah dilarang daripada menjadikan rumah-rumah ibadat sebagai sasaran mereka di kala peperangan dan di kala damai, sebaliknya pula yang sentiasa berlaku terhadap umat Islam. Seringkali jika berlaku apa-apa peperangan ke atas umat Islam, pasti musuh-musuh mereka menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran. Lihatlah apa yang berlaku di Babri, India, apa yang berlaku kepada masjid-masjid di Bosnia lewat konflik Serb-Bosnia, masjid-masjid di Iraq yang sentiasa terdedah kepada penghinaan dan serangan tentera-tentera "paling bertamadun" di dunia, iaitu tentera-tentera Amerika Syarikat (AS).

Tidak kurang juga masjid-masjid yang berada di dalam tanah Palestin yang dijajah (yang dikenali sebagai Israel), ada yang dirobohkan, ada yang dija dikan muzium, ada yang ditukarkan kepada kandang lembu, dan tidak kurang juga yang ditukarkan menjadi kelab malam dan rumah pelacuran sepertimana yang dilaporkan oleh wartawan Palestine Return Centre, UK di dalam filem dokumentari mereka "The cries of the minarets". Lebih malang lagi, Masjid al-Aqsa sendiri, yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam dan juga kiblat pertama mereka sendiri tidak terlepas daripada ancaman dan juga aksi ganas pihak Zionis. Usai peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid al-Aqsa dan menawannya.

Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid al-Aqsa sambil menyanyikan lagu:

"Letakkan apricot ke atas epal, agama Muhammad telah hancur dan musnah,
Muhammad telah mati, Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah"

Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam, dan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka! Bermula dari tarikh itu jugalah pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka.

Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai "Tembok Buraq" (kerana dikatakan Rasulullah SAW telah mengikat Buraq di tembok tersebut sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj) itu telah ditukarkan namanya kepada "Tembok Meratap". Ianya telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk mereka menunaikan ibadat "meratap" di atas kehilangan "Haykal" yang pernah dibina oleh Nabi Sulayman di atas tapak tersebut. Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan "haji" mereka di sana.

Bagi para tentera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi di dalam angkatan tentera rejim juga akan menunaikan "angkat sumpah" di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka. Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah stu tindakan yang terakhir mereka terhadap Masjid al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan untuk bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai "The Mount Temple" ataupun "Haykal Sulayman".

Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut faham Zionis beragama Kristian dari Switzerland Dennis Micheal telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa. Antara yang mengalami kemusnahan dari tindakan keganasan tersebut ialah minbar masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahanya. Seharian suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut. Hasil daripada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa ini, OIC telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia.

Bagi penjenayah yang telah bertanggung jawab membakar masjid al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati "tidak siuman", walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan! Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid al-Aqsa sedunia.

Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu masjid al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat Islam terpinggir dari agenda OIC. Ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun di peringkat praktikalnya, tiada satupun yang dapat dilaksanakan. Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu Palestin, negara-negara OIC hanya menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv.

Sehingga detik ini, walaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal Yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan masjid al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana negara anggotanya berkaitan perkara tersebut. Sepatutnya, negara-negara OIC menjadikan tarikh 21 Ogos sebagai tarikh ....

Selasa, Ogos 02, 2005

Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu...



Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah (www.mykedah.com) adalah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara adalah seorang puteri keturunan Raja Siam.

Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Inggeris Kerajaan kini (Maktab Sultan Abdul Hamid) Alor Setar. Kemudian beliau dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia beliau berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang (www.pfs.edu.my).

Tunku kemudiannya melanjutkan pelajaran ke England pada tahun 1919 dan berjaya meraih ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari St. Catherine's College, Cambridge Universiti pada tahun 1925. Beliau bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.

Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British.

Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British.

pi klik kat link atas..