Enggan bersosial halangan utama siswazah dapat kerja
“SISWAZAH menganggur tidak harus terlalu memilih kerja. Buat sementara waktu, mereka perlu bekerja walaupun gaji dan bidang kerja tidak sepadan ijazah dimiliki. “Pendedahan awal alam pekerjaan penting kerana ia adalah pengalaman, khususnya kemahiran berkomunikasi. Apabila menguasai kemahiran ini dan yakin diri, barulah cari kerja berpadanan dengan pencapaian akademik,” kata Naib Presiden (Pendidikan) Petronas, Dr Rosti Saruwono (www.utp.edu.my)
Malah, beliau berkata, dengan pengalaman dan keyakinan tinggi, siswazah terbabit tidak menghadapi masalah meyakinkan penemu duga mengenai kebolehan dan kemampuan mereka.Katanya, antara aspek yang sering menjadi halangan siswazah ketika menjalani temu duga ialah tidak menguasai kemahiran berkomunikasi yang mengakibatkan kurang keyakinan diri. “Oleh itu, siswazah perlu menguasai kemahiran komunikasi ini dan cara terbaik ialah dengan bekerja. Saya berpendapat pelajar universiti wajar mengisi waktu cuti panjang mereka dengan bekerja sementara.
“Ketika bekerja walaupun sementara, mereka akan bertemu dan berhubung dengan pelbagai peringkat dan jenis orang. Ini dapat melatih mereka berkomunikasi dengan berkesan. Lama kelamaan mereka menguasai kemahiran ini dan yakin kepada diri sendiri,” katanya. Dr Rosti berkata, siswazah dilatih dua kemahiran utama ketika di universiti, iaitu intelektual yang membentuk cara mereka berfikir secara analitikal dan kritikal, manakala satu lagi bersosialisasi meliputi kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi bagi pembentukan keperibadian.
Bagaimanapun, katanya, aspek berkenaan tidak diajar secara formal, sebaliknya universiti lebih banyak menyediakan persekitaran siswazah mempertingkat dan mempertajamkan kemahiran berkenaan.Beliau berkata, sayangnya siswazah tidak memanfaatkan peluang itu untuk memperkukuhkan kemahiran berkenaan, tetapi lebih menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di bilik kuliah.
“Akibatnya, mereka tidak menguasai kemahiran ini untuk bersosialisasi. Saya rasa inilah antara kesilapan besar siswazah kerana gagal berkomunikasi dengan berkesan,” katanya. Mengenai peluang kerjaya, Dr Rosti berkata, peluang mendapat pekerjaan kini semakin sengit berikutan keadaan pasaran kerjaya yang mengecut, tetapi pada masa sama jumlah siswazah dikeluarkan universiti terus meningkat.
Selasa, Ogos 16, 2005
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
betui la kan..kekadang nie depa nie tak reti nak mixed up dgn member2 satu pejabat, tambah2 lagi kalau tempat keja tu ada geng..
apa pon, kalau org yg baru keja tu kena la pandai2 bawak diri kat ofis tu, barulah mesra sikit.
sat2...
nie dia nama dr. laili...
Dean
Assoc. Prof. Dr. Laili Hj. Hashim
Contact
Faculty of Information Management
Kampus Puncak Perdana
No. 1 Jalan Pulau Angsa Au 10/A
Seksyen U10
40150 Shah Alam, selangor darul ehsan
Phone :03-79622025/2028/2002
Fax :03-7962 2007
email: lailihas@salam.uitm.edu.my
url : http://www.geocities.com/sarawak_is110
hehe, sori aku lupa nak bg tau hang masa hang antaq mesej tu...
so...ujung minggu nie, si airin nurfazera tu dah nak kenduri...
oi..sapa2 ada gambaq dengan airin tu..bule bagi kat aku tak..ada kawan kita tak ingat yg mana satu si airin nie...
mintak kerjasama na...
oopss..aku n de gang x jd p kenduri ann tu..aku xdpt cuti aa. anyway, ann n her husband will b coming here on 23rd ni..lps dia kawin. hehe..honymoon kt kl..so blh aa jmpa dia. pls be informed ;)
Good design!
[url=http://cbjojnpb.com/wpwe/rjkx.html]My homepage[/url] | [url=http://gvqmxrde.com/xqfb/vchq.html]Cool site[/url]
Good design!
http://cbjojnpb.com/wpwe/rjkx.html | http://udqflqpm.com/utpf/fncb.html
Catat Ulasan