Tahukah anda bahawa masa depan dunia hari ini digerakkan oleh data, maklumat dan teknologi? Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada generasi profesional yang membentuk masa depan digital, Fakulti Sains Maklumat adalah pilihan yang tepat untuk anda!
Isnin, Mac 16, 2026
Jom Masuk U - Fakulti Sains Maklumat, UiTM
Tahukah anda bahawa masa depan dunia hari ini digerakkan oleh data, maklumat dan teknologi? Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada generasi profesional yang membentuk masa depan digital, Fakulti Sains Maklumat adalah pilihan yang tepat untuk anda!
Isnin, Februari 09, 2026
Evolusi 7 Dekad UiTM | 1956-2026
Dari sebuah dewan latihan kecil, kini berdiri megah sebagai universiti awam terkemuka negara. Inilah perjalanan 7 dekad membina bangsa, ilmu dan masa depan.
🟢 Dekad Pertama (1956–1966)
Bermula sebagai Dewan Latihan RIDA.
Harapan disemai, akses pendidikan dibuka untuk masyarakat luar bandar.
🟡 Dekad Kedua (1966–1976)
Melangkah menjadi Maktab MARA dan seterusnya Institut Teknologi MARA (ITM).
Pendidikan teknikal dan profesional mula diperkasa.
🔵 Dekad Ketiga (1976–1986)
ITM diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.
Peranan dalam pembangunan modal insan negara semakin kukuh.
🟠 Dekad Keempat (1986–1996)
ITM berkembang pesat sebagai institusi pengajian tinggi utama.
Graduan berdaya saing mula mengisi pelbagai sektor negara.
🟣 Dekad Kelima (1996–2006)
Tahun bersejarah 1999.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilahirkan.
🟤 Dekad Keenam (2006–2016)
UiTM meluaskan sayap ke seluruh negara.
Akses pendidikan tinggi diperluas tanpa sempadan.
🔴 Dekad Ketujuh (2016–2026)
UiTM terus melangkah sebagai universiti awam terkemuka Malaysia.
Legasi diperkukuh, masa depan dibina.
7 Dekad, Satu Perjuangan, Jutaan Anak Bangsa.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
Usaha Taqwa Mulia
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad
Isnin, November 03, 2025
Sabtu, September 27, 2025
Sains Maklumat Bukan Sekadar Pustakawan
Ahad, September 14, 2025
Selasa, Mei 13, 2025
Ilmu AI dan Literasi Maklumat
Khamis, Mei 08, 2025
Ar Hijjas Kasturi: Bapa Seni Bina Negara
Penghargaan ini diberi atas jasa besar Hijjas yang menjadi pengasas 'School of Applied Arts' di Institut Teknologi MARA (kini UiTM) pada 1967 dan asas kepada penubuhan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) pada hari ini.
Khamis, Disember 19, 2024
Perhimpunan Alumni UiTM - 19 Dis 2024
Hari ini hadir ke Perhimpunan Alumni UiTM di DATC UiTM Shah Alam. Hari Alumni UiTM ditetapkan pada 19 Dis pada setiap tahun. Ramai alumni dari era Dewan Latehan RIDA, Maktab Mara, Institut Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Mara juga yang hadir. Dua buku telah dilancarkan pada hari ini iaitu Buku Wajah Alumni Citra Bitara UiTM dan Buku Alumni Dewan Latehan RIDA.
Al-Fatihah: Syeih Mohd Ali (1980-2024)
Rabu, September 04, 2024
Konvokesyen ke-99 UiTM
Isnin, September 02, 2024
Pencipta lagu Madani Jiwa Merdeka graduan UiTM
Pencipta lagu ‘Madani Jiwa Merdeka’ terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor
SHAH ALAM, 2 Sept: Pencipta lagu tema Hari Kebangsaan 2024 yang berjudul ‘Madani Jiwa Merdeka’, Muhammad Affan Mazlan terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada pembukaan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-99, hari ini. Menurutnya, dia menganggap anugerah tersebut sebagai berprestij, namun tidak menyangka akan menerimanya kerana bukan satu-satunya graduan cemerlang dalam Jurusan Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi.
“Rakan-rakan lain pun ramai yang cemerlang, tetapi saya bersyukur terpilih. Saya anggap ia hadiah berprestij dan paling istimewa seiring dengan lagu yang saya cipta lagu tema Hari Kemerdekaan Ke-67, amat manis dan ia adalah sesuatu daripada saya untuk negara. Memang mencabar sepanjang pengajian, berat untuk saya harungi tetapi saya berjaya cipta tujuh buah lagu untuk penyanyi, Aina Abdul antaranya seperti ‘Sedia Terluka, ‘Bukan Untukku’ dan ‘Kunci’,” katanya ketika ditemui pada istiadat tersebut, hari ini.
Terdahulu, Muhammad Affan, 24, menerima anugerah berkenaan daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro Canselor UiTM. Beliau dinobatkan penerima anugerah tersebut apabila memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas penerbitan lagu Madani Jiwa Merdeka yang mendapat sentuhan komposer terkenal, Datuk Mokhzani Ismail juga disifatkan sebagai idolanya. Jelas Muhammad Affan, beliau mahu bekerja keras mencapai impiannya menjadi seorang komposer yang baik seperti idolanya itu apabila dikenali sebagai orang kuat bekerja bagi menghasilkan lagu terbaik.
“Beliau bantu saya mendapatkan ahli pemuzik orkestra yang baik supaya lagu tersebut lebih sedap didengari. Saya ambil masa sebulan untuk siapkan lagu Madani Jiwa Merdeka. Apabila lagu ini dimainkan oleh sesebuah stesen radio tempatan, saya memang puas hati. Tidak dinafikan saya mendapat kritikan daripada segelintir pihak yang merasakan lagu ini tidak sesuai menjadi lagu tema hari kebangsaan. Tetapi, saya terima kritikan itu dengan hati terbuka,” ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.
Sumber: Utusan Malaysia
Isnin, Ogos 26, 2024
25 Tahun UiTM sebagai Universiti
Sabtu, Julai 13, 2024
Reunion Kecil Geng BM15-DBS Insurance intake Jan 1996
Sabtu, Julai 06, 2024
Sabtu, Jun 29, 2024
Larian 25 Tahun UiTM Sebagai Universiti
Larian Jubli Perak 25 Tahun UiTM Sebagai Universiti hari ini terpaksa diwakil larikan oleh anak kerana mengendalikan Bengkel Perpustakaan Keluarga di PPK Presint 8. Larian ini dianjurkan oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dan bertempat di dalam kampus UiTM Shah Alam.





.png)




















![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















