Isnin, Januari 26, 2009

Sepupu baru Kapten Ahmad Irfan

Inilah dia sepupu baru Kapten Ahmad Irfan yang telah laher di Ipoh pada 16 Jan yang lalu. Ini anak adik aku. Nama dia Aisyah Afiqah Ariana. Tengok nama dia, bukan main ada 3 huruf 'A'. Masa aku pi tengok dia pada 25 Jan yang lepas nie, dia maseh dok kat rumah tok dia kat Taman Meru, Ipoh. Nanti bila dah abes pantang, dia akan dok kat Tanjung Malim.

Kapten Ahmad dah ada kawan baru rupanya. selamat berjaya Aisyah Afiqah Ariana... panjangnya nama dia.

Isnin, Januari 19, 2009

Meet Uncle Hussain - The best for 2008


Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Jumaat, Januari 16, 2009

Kempen ini untuk semua orang

Kempen ini untuk semua orang.

kempen yang diberi nama: "Let's read the Quran"

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, silalah baca di sini.

Rabu, Januari 14, 2009

Bangi Kopitiam @ Sek. 7 Shah Alam

Bangi Kopitiam telah menyerang Seksyen 7 Shah Alam!!!!

berita menarik nie. Bangi Kopitiam yang diusahakan oleh Hamzah Mohd. Taib a.k.a Kid Search telah membuka satu cawangan lagi kat Seksyen 7. Kedai dia nie kat area kedai-kedai baru yang berhampiran dengan pintu masuk belakang ITM Shah Alam. Kat situ banyak kedai-kedai lagi yang merupakan penempatan budak-budak ITM. Lokasi yang dipilih memang bertepatan dengan kehendak budak-budak tu. Ianya juga berhampiran dengan pasaraya Bintang.

Sesiapa yang ingin merasa aroma kopitiam, tak perlulah jalan jauh-jauh sampai ke Bangi, kat sini pun ada jugak. kalau bernasib baik, dapatlah jumpa dengan Kid.

Jumaat, Januari 09, 2009

Free Palestine