Khamis, April 30, 2026
Rabu, April 29, 2026
Kepentingan Lagu Negaraku
Lagu Negaraku mempunyai kepentingan yang besar sebagai lambang identiti dan perpaduan negara Malaysia. Ia bukan sekadar sebuah lagu rasmi, tetapi menjadi simbol kedaulatan dan semangat patriotisme rakyat. Setiap kali dinyanyikan, Negaraku mengingatkan rakyat akan perjuangan mencapai kemerdekaan serta tanggungjawab mempertahankan negara. Lagu ini juga berperanan menyatukan masyarakat berbilang kaum dengan menekankan nilai kebersamaan dan cinta tanah air. Dalam majlis rasmi, acara sukan, dan perhimpunan nasional, Negaraku menjadi tanda hormat kepada negara, melahirkan rasa bangga dan kesetiaan terhadap Malaysia.
Selasa, April 28, 2026
Bahasa Melayu - Lingua Franca
Pada zaman Kesultanan Melaka, bahasa Melayu berperanan sebagai lingua franca di rantau Asia Tenggara. Kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa menarik pedagang dari Arab, India, China, dan Nusantara, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi bersama. Bahasa ini mudah dipelajari, kaya dengan kosa kata, dan fleksibel dalam menerima pengaruh asing, menjadikannya bahasa perantara yang efektif antara pelbagai bangsa dan budaya. Selain digunakan dalam perdagangan, bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, diplomasi, dan penyebaran agama Islam. Peranan bahasa Melayu sebagai lingua franca pada zaman Melaka bukan sahaja memperkukuh kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia, tetapi juga meletakkan asas kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia hari ini.
Isnin, April 27, 2026
Fitnah dan Berita Palsu
Islam mengajar umatnya untuk tidak menyebar berita-berita palsu apatah lagi menipu. Semoga Allah swt lindungi kita semua dan mencegah dari perbuatan menyebar berita tanpa selidiki dan akhirnya mencemarkan nama saudara seakidah kita.
FB Ustaz Nik Omar (20 April 2026)
Foto janaan Flow Ai
Ahad, April 26, 2026
PMX Terima Duit Raya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), menerima duit raya berjumlah RM7 daripada dua beradik, Uwais dan Aesha, dalam satu momen menyentuh hati sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Keikhlasan kanak-kanak tersebut tular di media sosial, dan sebagai penghargaan, PMX telah memberikan kejutan berupa iPad kepada mereka.
Maklumat Tambahan:
- Kejadian: Momen
istimewa ini berlaku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu pada
April 2026
- Reaksi
Netizen: Ramai memuji keikhlasan dua beradik tersebut serta sikap
rendah diri PMX menerima pemberian itu.
- Ganjaran: Sebagai
tanda penghargaan, PMX membalas budi baik mereka dengan hadiah iPad
Sabtu, April 25, 2026
Galeri Tan Sri Abdul Aziz, SPR
Hari ini sempena Hari Buku Sedunia, pakcik berkunjung ke Menara Suruhanjaya Pilihan Raya di Presint 2. Sedikit diskusi telah diadakan dengan pihak perpustakaan dan arkib yang menyimpan maklumat dan rekod mengenai plihan raya di Malaysia. Seusai diskusi, kami dibawa melawat Galeri Tan Sri Abdul Aziz sempena nama Pengerusi yang ke-12.
Jumaat, April 24, 2026
Kopi Waktu Kedah
Malaysia mampu jadi negara pembaca menjelang 2030 - Aaron
KUALA LUMPUR: Malaysia diyakini mampu mencapai aspirasi sebagai Negara Pembaca menjelang 2030 melalui usaha berterusan dan sokongan semua pihak, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut hari ini, beliau menegaskan tiga komitmen utama Kerajaan MADANI dalam usaha mencapai aspirasi itu. Komitmen itu termasuklah memperkasakan perpustakaan desa dan komuniti sebagai hab ilmu, interaksi sosial dan pembangunan masyarakat setempat serta melipatgandakan agenda pendigitalan perpustakaan, selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan generasi masa kini. “(Selain itu), memperkukuh industri buku dan penerbitan negara, termasuk menyokong ekosistem penulisan, penerbitan dan pengedaran bahan bacaan berkualiti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Aaron berkata Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara, ialah agensi peneraju dalam usaha menggalakkan budaya membaca di negara ini.
“Plato ada berkata Books give a soul to the universe, wings to the mind, flight to the imagination, and life to everything.
"Selamat Menyambut Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira usia daripada kanak-kanak hingga dewasa,” katanya.
-- BERNAMA
Khamis, April 23, 2026
Rabu, April 22, 2026
Pelajar Mencuci Tandas
Perspektif Pendidikan
Ada sekolah yang menjadikan aktiviti mencuci tandas sebagai sebahagian daripada pendidikan karakter – melatih pelajar supaya lebih bertanggungjawab, berdisiplin, dan menghargai kebersihan.
Ia juga boleh dianggap sebagai pembelajaran praktikal tentang menjaga persekitaran, bukan sekadar teori dalam bilik darjah.
Isu Kontroversi
Pro:
Membentuk sikap rendah diri dan tidak memilih kerja.
Mengajar pelajar menghargai pekerja kebersihan.
Menanam budaya menjaga tandas supaya tidak kotor.
Kontra:
Ada yang berpendapat ia bukan tugas pelajar, tetapi pekerja pembersihan sekolah.
Risiko kesihatan jika tidak dilakukan dengan peralatan atau bahan pencuci yang sesuai.
Boleh menimbulkan rasa tidak puas hati jika dianggap sebagai hukuman.
Amalan di Negara Lain
Jepun: Pelajar memang diwajibkan membersihkan kelas, koridor, dan tandas setiap hari. Ia dianggap sebahagian daripada pendidikan moral dan budaya masyarakat.
Malaysia: Amalan ini tidak seragam – ada sekolah melaksanakannya sebagai aktiviti gotong-royong, ada pula yang menyerahkan sepenuhnya kepada kontraktor kebersihan.
Jadi, isu ini bergantung pada cara pelaksanaannya. Jika ia dijadikan aktiviti pendidikan dengan panduan keselamatan yang betul, ia boleh membentuk nilai murni. Tetapi jika dilakukan tanpa kawalan atau dijadikan hukuman, ia boleh menimbulkan kesan negatif.
Selasa, April 21, 2026
Akademi Sepaktakraw Malaysia
Kepentingan ASM
Memartabatkan sukan tradisional negara dengan fasiliti moden.
Mengurangkan beban kewangan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) melalui sokongan kerajaan.
Meningkatkan peluang atlet muda untuk berlatih secara profesional.
Menjadi pusat rujukan antarabangsa kerana Malaysia ialah tuan rumah tetap kejohanan besar sepaktakraw
Isnin, April 20, 2026
Dokumentasikan Sejarah Keluarga Dengan Berhemah
Oleh Dr Yusry Sulaiman, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM
Ramai menyangka sejarah hanya dalam bentuk catatan besar seperti perjanjian politik, tokoh negara, perang dan perubahan kuasa. Hakikatnya, ada warisan khazanah senyap yang jarang diberi perhatian, iaitu sejarah kekeluargaan yang mengisahkan pengalaman kehidupan nenek, datuk dan ibu bapa.
Sejarah kekeluargaan bukan sahaja sekadar salasilah nama atau perkongsian cerita di meja makan, malah ia dapat merakamkan bagaimana rakyat biasa menghadapi penjajahan, kemiskinan, migrasi, bencana alam, perubahan ekonomi dan pembentukan negara bangsa. Justeru, kisah berpindah dari kampung ke bandar, bekerja di lombong, ladang mahupun laut hingga membesarkan anak dalam keadaan serba kekurangan menjadi sejarah sebenar dalam masyarakat.
Dalam perspektif sejarah gunaan, sejarah kekeluargaan berfungsi sebagai jambatan antara masa lalu dengan keperluan semasa kerana dapat membantu dalam memahami mengapa sesuatu komuniti bersikap tertentu, bagaimana jurang sosial wujud dan nilai kekeluargaan membentuk daya tahan masyarakat.
Apa tidak tercatat dalam dokumen rasmi, biasanya selalu hidup dalam keluarga. Hal ini perlu diberikan perhatian kerana negara seperti Malaysia terbina daripada kepelbagaian etnik, wilayah dan pengalaman. Bagi kawasan kampung, sejarah kekeluargaan juga tersimpan dalam cerita lisan, termasuk membabitkan tanah pusaka, adat perkahwinan, pengalaman merantau atau konflik yang pernah berlaku. Di kawasan bandar pula, ia hadir dalam naratif mobiliti sosial, pendidikan dan perjuangan ekonomi. Semua ini mencerminkan sejarah dari bawah yang selalu terlepas daripada buku teks.
Alat pembelajaran berkesan
Dalam pendidikan, sejarah kekeluargaan boleh dijadikan alat pembelajaran berkesan, iaitu pelajar diminta menemubual ahli keluarga dan meneliti foto lama atau dokumen persendirian, sekali gus membantu pelajar bukan sahaja dalam konteks sejarah, bahkan membina empati, pemikiran kritikal dan penghargaan terhadap identiti sendiri.
Sejarah sebenarnya adalah usaha kita mendekati diri sendiri dan tidak menumpukan tarikh atau fakta semata-mata. Dalam pembangunan komuniti, ia menyumbang kepada pemeliharaan warisan tidak ketara yang dapat menguatkan jati diri tempatan, membina rasa memiliki dan menyokong usaha dokumentasi sejarah setempat.
Dalam dunia semakin homogen akibat globalisasi, memori keluarga menjadi benteng halus mempertahankan kepelbagaian budaya. Namun, sejarah kekeluargaan juga perlu ditangani secara beretika. Kita tidak hanya merakam kenangan indah, sebaliknya ada yang menyentuh trauma, konflik dan kehilangan. Oleh itu, penceritaan sejarah harus dilakukan dengan hormat, berhemah dan bertanggungjawab atas dasar bukan untuk menghakimi, tetapi untuk memahami.
Realitinya, sejarah kekeluargaan mengingatkan sejarah bukan milik arkib dan muzium semata-mata, tetapi penting dalam hidup seperti dalam cerita seorang manusia biasa. Dengan mengangkat sejarah kekeluargaan sebagai sebahagian sejarah gunaan, kita bukan sahaja memperkaya wacana, tetapi dapat memperkukuhkan hubungan antara generasi dan masyarakat.
Artikel asal dari Berita Harian (14 April 2026, ms. 13)
Ahad, April 19, 2026
Sabtu, April 18, 2026
Jumaat, April 17, 2026
Khamis, April 16, 2026
Pasar Karat
Pasar karat ialah istilah yang biasanya merujuk kepada pasar atau tapak jualan barangan terpakai, antik, dan koleksi lama. Ia sering dikaitkan dengan suasana santai dan unik, di mana peniaga menjual pelbagai barangan seperti:
Barang antik: jam lama, duit syiling, setem, perabot klasik.
Barang terpakai: pakaian vintaj, aksesori, peralatan rumah.
Koleksi hobi: kaset, piring hitam, kamera lama, komik.
Barangan unik: hasil seni tangan, dekorasi retro, atau barang yang sukar ditemui di kedai biasa.
Pasar karat bukan sekadar tempat membeli barang murah atau antik, tetapi juga menjadi ruang sosial dan budaya. Ramai pengunjung datang untuk merasai suasana nostalgia, mencari barang rare, atau sekadar berjalan-jalan. Di Malaysia, pasar karat terkenal contohnya di Johor Bahru dan beberapa bandar lain, sering diadakan pada hujung minggu atau waktu malam.
Menariknya, pasar karat juga mencerminkan nilai kitar semula dan kreativiti — memberi peluang kepada barang lama untuk terus bernilai dalam kehidupan moden.
Tips Berkunjung ke Pasar Karat
Datang awal pagi atau malam: Banyak pasar karat beroperasi pada waktu tertentu, dan barang rare cepat habis.
Bawa tunai: Kebanyakan peniaga tidak menerima kad atau e-wallet.
Pandai tawar-menawar: Harga boleh dirunding, terutama untuk barangan antik.
Periksa kualiti barang: Sesetengah item mungkin sudah lusuh atau rosak, jadi teliti sebelum membeli.
Risiko & Pertimbangan
Barang tiruan: Ada kemungkinan barangan moden dijual sebagai “antik”.
Nilai koleksi: Tidak semua barang lama mempunyai nilai tinggi; lakukan sedikit kajian sebelum membeli.
Keselamatan: Pasar karat yang sesak boleh terdedah kepada kes kecurian kecil, jadi berhati-hati dengan barang peribadi.
Rabu, April 15, 2026
Berakhir legasi 'burger tangga' ikonik Kuala Kangsar
TIADA lagi 'burger tangga'.
Selepas 25 tahun berniaga berhampiran sebuah tangga di dalam sebuah bangunan rumah kedai berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Baru Kuala Kangsar, akhirnya operasi burger tangga terhenti selepas pengusahanya yang hanya dikenali sebagai 'Jeff', meninggal dunia pada 12 Mac lalu.
Satu daripada 'sejarah kecil' yang mengisi landskap bandar ini sejak hampir empat dekad lalu ialah Jeff, yang berniaga burger sejak 1989. Pada awal pembabitannya, Jeff berniaga burger di depan sebuah pasar raya berhampiran Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar. Jeff kemudiannya berpindah ke lokasi berhampiran tangga bangunan berkenaan.
Dalam kalangan penduduk tempatan juga, burger Jeff lebih dikenali sebagai burger tangga. Di Kuala Kangsar, Jeff dan burger tangga menjadi satu daripada tarikan yang ikonik. Jeff juga mungkin antara peniaga kecil yang paling dikenali di Bandar Diraja itu. Pelanggannya datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Daripada warga tempatan hingga pelajar sekolah berasrama seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan institusi pendidikan lain.
Jeff berjaya memikat dan mengikat ramai pelanggan bukan saja kerana burgernya yang sedap, tetapi juga kerana ia dibuka pada waktu siang. Berbekalkan akhbar Harian Metro dan bungkusan teh ais yang bersilih ganti, Jeff mula mendepani bahang kuali seawal jam 11 pagi hinggalah malam. Tidak seperti peniaga viral ketika ini, Jeff tidak mempunyai sebarang menu burger yang 'direkabentuk'.
Sejak awal pembabitannya dalam perniagaan itu, dia hanya menyediakan menu biasa melainkan tambahan keju atau mayonis. Diakui ramai, menu 'banjo' Jeff antara yang paling menjadi pilihan. Jeff juga jarang menaikkan harga jualan biarpun berlaku peningkatan kos barangan. Jeff sering memikirkan khalayak pelanggan, khasnya pelajar sekolah dan asrama dan kerana itu, dia berusaha untuk tidak menaikkan harga jualan burger.
Jeff sendiri adalah faktor utama yang menjadikan gerai itu begitu dikenali. Selain menjual burger, dia juga mudah mesra dan sentiasa ramah dengan pelanggan. Sapaan dan gurauannya menjadikan gerai kecil itu terasa hidup. Bukan itu saja, malah Jeff mampu mengingati nama ramai individu, termasuk pelanggan yang mungkin hanya datang sekali-sekala dan akan melayan sesiapa saja untuk berbual jika beliau tidak sibuk melayan pelanggan.
Dalam persekitaran bandar kecil, sifat seperti ini membentuk satu ruang sosial tidak rasmi antara penduduk bawahan yang berkunjung ke gerainya. Gerai Jeff bukan sekadar gerai burger, tetapi platform dalam memperluaskan jaringan dan persahabatan setempat.Pelanggan Jeff pula membabitkan individu yang melanggan sejak bujang sehinggalah kepada anak mereka.
Bagi penulis yang pernah menjadi sebahagian daripada komuniti kecil burger tangga sejak 25 tahun lalu, Jeff lebih daripada sekadar penjual burger. Dia adalah magnet yang menyatukan persahabatan serta rakan yang berbeza lapisan dan karakter. Ketika zaman bujang, kebanyakan kami rakan-rakan semacam 'gatal badan' jika tidak bersantai dan membantu Jeff secara sukarela di gerai burgernya itu.
Pemergian Jeff ke alam abadi pada 12 Mac lalu bukan saja meruntun hati keluarga, rakan dan warga Kuala Kangsar secara umumnya, namun juga mereka yang pernah disantuni Jeff sebagai pelanggan dan berada di merata pelusuk. Sebaik berita pemergiannya tersebar, masyarakat dan mereka yang pernah menjadi pelanggannya memberikan penghargaan yang tidak terhingga kepadanya. Burger yang enak itu tidak menjadi imbauan utama berbanding karakter dan personaliti Jeff sendiri.
Seorang daripada pelanggan Jeff, Mogen Selvaraja mengakui Jeff sentiasa tidak lekang dengan senyuman.
"Jeff melayan semua orang sama rata. Pemergian Jeff umpama hilangnya satu episod sejarah sosial di Kuala Kangsar," katanya.
Pelajar, Nurul Husna Ani pula berterima kasih kepada Jeff yang banyak 'membantu' pelajar asrama sepertinya.
"Abang Jeff pernah tidak mengenakan bayaran kepada kami jika kami tidak cukup wang. Semoga kebaikan Abang Jeff yang sering membelanja kami digandakan oleh Allah SWT," katanya.
Pemergian Jeff menandakan berakhirnya satu bab dalam sejarah popular Kuala Kangsar. Jeff dan gerai burger kecil berhampiran tangga itu umpama legenda kecil yang akan terus kekal dalam memori kolektif penduduk bandar berkenaan.
Walaupun hanya watak kecil, Jeff meninggalkan impak besar terhadap masyarakat di sekelilingnya.
Penulis (Prof Madya Dr Muhamad Takiyuddin) adalah ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sumber: https://www.hmetro.com.my/santai/2026/04/1343391/berakhir-legasi-burger-tangga-ikonik-kuala-kangsar
Selasa, April 14, 2026
Isnin, April 13, 2026
Kota Baca 2026: Di Kota Ini Semua Membaca
KOTA BACA 2026, acara literasi kebangsaan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (UNESCO) yang akan menggerakkan rakyat Malaysia dalam gelombang membaca berskala besar pada 23 hingga 26 April 2026 secara hibrid, dalam talian dan di Dataran Merdeka.Acara Kota Baca 2026
▪︎ 23 April 2026 (Khamis)
Secara dalam talian & media sosial
- Jualan buku dalam talian melalui Book Capital dan TikTok Shop
- Kempen kandungan FYP dengan #KotaBaca2026 #MalaysiaMembaca #BookTokMalaysia
- Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2026, Dekad Membaca Kebangsaan & Pelancaran Papan Pemuka Malaysia Membaca oleh YB Menteri Pendidikan di Perpustakaan Kuala Lumpur
- Siaran video pemimpin membaca bersama keluarga (YB Menteri, Timbalan Menteri, KSU, KPPM)
- Penyertaan global #MalaysiaMembaca di luar negara (Dubai, London, Jepun dan lain-lain)
▪︎ 24 - 26 April 2026 (Jumaat - Ahad)
Secara fizikal di Dataran Merdeka, KL
- Pentas Utama Kota Baca 2026
- Jualan Buku
- Reruai Kementerian
- Larian Karakter Buku 5KM
Program Tambahan
- Himpunan Tukar Buku Terbesar di ASEAN
- Buka Buku oleh Keretapi Sarong
- Audio Siar Buku (Podcast)
- Mr. Baca Malaysia
- Reruai Kafe Kopi & Buku
- Kelah Buku
- Temu & Mesra Penulis
- Program Pengembangan Bahasa Asing
- Pameran dan Jualan Buku Nadir / Langka
- Pameran Seni Buku
- TikTok @ Kota Baca
- Stesen Derma Buku
- Papan Petik Kata
- Gemuruh Dalam Puisi
- Majlis Anugerah Buku Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2025/2026
Tarikan Istimewa (Pasport Kota Baca)
- Aktiviti teras yang menjadikan pengalaman di KOTA BACA 2026 benar-benar berbeza! Setiap peserta mendapat pasport eksklusif untuk dikumpulkan setemnya di seluruh kawasan acara.
---------------
Acara Kota Baca 2026
• 23 - 26 April 2026
• Dalam talian & Dataran Merdeka, KL
Ahad, April 12, 2026
Litar Batu Tiga Shah Alam
Litar Batu Tiga di Shah Alam ialah litar perlumbaan pertama Malaysia yang dibuka pada tahun 1968 sepanjang 3.69 km dan pernah menjadi kebanggaan negara sebelum dirobohkan pada 2003 untuk pembangunan perumahan. Ia menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia (1968–1982) serta perlumbaan motosikal antarabangsa sehingga akhir 1990-an.
Sejarah Ringkas Litar Batu Tiga
Asal-usul dan Pembukaan
Lokasi: Shah Alam, Selangor, berhampiran Stadium Shah Alam dan Lebuhraya Persekutuan.
Dibuka: Tahun 1968 dengan perlumbaan pertama Siri Tasman.
Pelumba pertama menang: Hengkie Iriawan dari Indonesia dengan kereta Ford.
Era Kejayaan
Grand Prix Malaysia: Dianjurkan di sini dari 1968 hingga 1982.
Acara lain: Formula Atlantik, Formula Pasifik, Formula 2, dan perlumbaan motosikal antarabangsa.
Motosikal GP: Menjadi hos Grand Prix Motosikal Malaysia 1991–1997, termasuk kemenangan legenda Mick Doohan.
Kenangan & Tragedi
Litar ini dikenali dengan bunyi deruman enjin 500cc yang menggegarkan Shah Alam.
Tragedi hitam 1977: insiden kemalangan yang meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah sukan permotoran Malaysia.
Penutupan
Ditutup & dirobohkan: Tahun 2003, bagi memberi laluan kepada pembangunan perumahan D’Kayangan.
Kehilangan litar ini dianggap sebagai hilangnya simbol kebanggaan sukan permotoran Malaysia.
Sabtu, April 11, 2026
Jambatan Zig Zag Taiping
Jambatan Zig Zag Taiping ialah salah satu tarikan ikonik di Taman Tasik Taiping, Perak. Ia merupakan jambatan pejalan kaki berbentuk zig-zag yang merentasi kolam teratai, menjadikannya lokasi bergambar popular dan simbol keindahan landskap kolonial lama Taiping. Jambatan Zig Zag di Taman Tasik Taiping dibina sekitar awal abad ke-20, semasa era kolonial British. Ia merupakan sebahagian daripada pembangunan landskap Taman Tasik Taiping yang mula dibuka pada tahun 1880-an. Walaupun tarikh tepat pembinaan jambatan ini tidak banyak direkodkan secara rasmi, ia dipercayai dibina sebagai elemen hiasan untuk melengkapkan suasana taman kolonial yang ketika itu menjadi tarikan utama di Taiping.
Lokasi & Latar Belakang
Terletak di Taman Tasik Taiping, Perak – taman rekreasi awam tertua di Malaysia, dibuka sejak tahun 1880-an.
Jambatan Zig Zag dibina merentasi Island Lotus Pond, sebuah kolam yang dipenuhi bunga teratai.
Struktur ini direka dengan bentuk zig-zag, bukan lurus, untuk menambah elemen estetika dan pengalaman unik kepada pengunjung.
Keunikan Jambatan Zig Zag
Reka bentuk zig-zag: Memberikan perspektif berbeza setiap kali melangkah, sesuai untuk fotografi.
Persekitaran semula jadi: Dikelilingi pokok hujan tropika yang berusia ratusan tahun, kolam teratai, dan pemandangan tasik.
Nilai sejarah: Taman Tasik Taiping dibangunkan semasa era kolonial British, menjadikan jambatan ini sebahagian daripada warisan bandar Taiping.
Aktiviti Menarik
Fotografi & bergambar – jambatan ini sering menjadi latar belakang gambar perkahwinan atau pelancongan.
Berjalan santai – sesuai untuk keluarga dan pelancong menikmati suasana damai.
Menghayati flora & fauna – kolam teratai dan burung-burung yang sering hinggap menambah suasana semula jadi.
Tips Lawatan
Waktu terbaik: Pagi atau lewat petang, ketika cuaca lebih nyaman dan pencahayaan sesuai untuk bergambar.
Akses: Mudah dicapai dengan berjalan kaki dari pusat bandar Taiping.
Percuma: Tiada bayaran masuk untuk melawat jambatan ini kerana ia sebahagian daripada taman awam.
Ringkasan
Jambatan Zig Zag Taiping bukan sekadar laluan pejalan kaki, tetapi simbol warisan dan keindahan Taman Tasik Taiping. Dengan reka bentuk unik, suasana damai, dan nilai sejarah, ia menjadi destinasi wajib bagi sesiapa yang berkunjung ke Taiping.











































![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















