Selasa, Ogos 02, 2005

Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu...

Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah (www.mykedah.com) adalah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara adalah seorang puteri keturunan Raja Siam.

Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Inggeris Kerajaan kini (Maktab Sultan Abdul Hamid) Alor Setar. Kemudian beliau dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia beliau berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang (www.pfs.edu.my).

Tunku kemudiannya melanjutkan pelajaran ke England pada tahun 1919 dan berjaya meraih ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari St. Catherine's College, Cambridge Universiti pada tahun 1925. Beliau bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.

Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British.

pi klik kat link atas..

3 ulasan:

Nandre The Legend berkata...

marilah sama2 kita mengenang kumbali apa yang telah dibuat oleh pak tunku kat anak cucu dia...

kita lah...

Shima berkata...

yup...org kampung aku! hehehe

Tanpa Nama berkata...

4hEdx ghd hair
aOig michael kors coupon
uXlg ghd nz
9nLys ugg boots
9bHmf ghd hair