Rabu, September 07, 2005

The Times - soda pop rock n' roll

Ini adalah album perdana The Times, kumpulan rock Malaysia, yang memiliki potensi baik untuk komposer dan ketua kumpulan iaitu Naza menonjolkan bakatnya. The Times sebenarnya lahir dari serpihan OAG yang dahulunya pernah dianggotai oleh Naza (gitar), Alem (gitar) dan Mono (bass). Mereka bertiga meninggalkan Radhi (vokalis OAG), dan melengkapkan The Times dengan Hamzah (gitar) dan Irfan @ cipan (drum). Naza pula menjadi vokalis utama. Jangan pula terkeliru namanya dengan akhbar tabloid sudahlah kerana kini mungkin kata nama depan ‘The’ lagi manjadi trend pasar buat nama band.

Lagu pertama ‘Nostalgia Curang Rok ‘N’ Roll’ sememangnya mempunyai attitude yang khas Britpop. Agak lucu apabila meneliti liriknya kerana ia cuma berlandaskan satu peristiwa sahaja. Sesuai benarlah lagu ini untuk orang yang disakiti hatinya kerana tidak menepati janji. “Nostalgia… menyakitkan hati ini!” sepertimana Naza laungkan pada barisan akhir lagu ini.
‘Gadisku di dalam Koma’ lagu trak keempat menyerlahkan bakat Naza menciptakan lagu bernada melankolis yang bukan tipikal band melayu. Ia punya nada sedih yang tidak melulu cengeng. Nyanyiannya sederhana tetapi emosinya terkesan dalam, ketika menyanyikan lirik seperti: “Maafkanlah, diri ini jika pernah, salah silap denganmu, Ku berdoa keatasnya, moga kau pulih segera.” Katanya lagu ini ditujukan khusus buat mendiang ibu Naza dan Mono.

Absurditi adalah tema yang jelas terkesan pada penulisan lirik album ini kerana mungkin Naza menulis di dalam kerangka mentaliti dari penulisan Inggeris. Semak sahaja judul lagu-lagunya seperti ‘Pesona Algebra’, ‘Ghost ‘N’ Flowers’ dan ‘Mawar Liar’. Judul-judul aneh seperti diatas diyakini membentuk keunikkan karekter kumpulan ini yang tidak hanya mengharapkan kepada penampilan dressing semata.

Trak ‘Hilang Kawalan’ merupakan jiwa dan kekuatan utama keseluruhan album ini. Vokal Naza kedengaran lirih dengan liriknya yang agak sedih. Gandingan gitar Alem dan Hamzah dalam memberi impak emosi pada keserdehanaan persembahan gitarnya benar-benar terasa. Terutama sekali ketika bahagian slide gitarnya yang kedengaran begitu dalam seolah hanyut dengan emosi kesedihan yang melukakan. Liriknya meninjau jauh di lubuk hati seseorang yang kecewa di dalam perspektif orang pertama.

Kredit terbesar harus diberi kepada Naza menonjolkan potensinya sebagai komposer generasi baru yang berbakat. Tiada yang tidak kena album ini kerana ia adalah sebuah album rock yang simple dan jujur. Tiada sebarang permainan kata yang bombastik ataupun hipokrit. Senang untuk saya nikmati album ini pada hari-hari santai. Layak untuk dijadi koleksi turun temurun.

7 ulasan:

Nandre The Legend berkata...

aku dah tgk dah CD masa depa buat gig kat HRC bulan bila ntah..tapi enjoy la..memang best... si naza dgn radhi siap bawak org rumah lagi..sporting beb...

Nandre The Legend berkata...

aku nampak jilie la..dia ada dtg masa gig tu....aku prasan sgt jilie...haha

Shima berkata...

eh msti aa jilie p..dia nk bg sokongn moral kt cipan. heheh
abih tu hang x tegur dia ka? sembang2, angguk2, tnya2..

Tanpa Nama berkata...

hahahaha... tak la...

aku tgk CD la ..bukan pi tgk kat sana....hehehe...

Tanpa Nama berkata...

ces...korang tgk aku ke???
hahahaha...
aku manager lah time tu...hehehe

Nandre The Legend berkata...

rasenye macam kamu je yob..teman tgk kat belakang si cipan tu le..hahahahaha

aku kenei le rupe kamu tu...
speknye, rambutnye...kenei sgt.hahahaha

Nandre The Legend berkata...

hehheeheh