Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
KESEDIAAN kerajaan untuk meneliti caj pentadbiran yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagaimana jaminan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi awal minggu ini pastilah mampu mengukir senyuman di kalangan penuntut menara gading yang kebanyakannya merupakan peminjam PTPTN. Ketika ini PTPTN mengenakan caj pentadbiran sebanyak tiga peratus berasaskan jumlah pinjaman pada setiap tahun kepada para pelajar yang meminjam daripada tabung tersebut.
Penulis turut berkongsi kelegaan dan kegembiraan dengan jaminan tersebut. Apatah lagi harapan penulis selama ini agar tabung pendidikan yang ditubuh khas kerajaan untuk memberi bantuan pinjaman kepada para pelajar bebas daripada unsur-unsur riba tampak semakin menjadi kenyataan.
Sejak awal diperkenalkan, isu caj perkhidmatan ini sememangnya tidak sunyi daripada polemik perdebatan di kalangan massa. Isu ini kembali menjadi tumpuan lebih-lebih lagi ketika kerajaan dilihat begitu serius dalam usaha memperhebatkan perkembangan sistem kewangan dan perbankan Islam di negara ini. Pelbagai kempen yang dijalankan tampak semakin berjaya meningkatkan kesedaran rakyat mengenai halal haram dalam urusniaga muamalah khususnya berkaitan riba.
Baca lagi kat sini ...
Jumaat, November 02, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
eleh.. abis duit lebihan yang selama ni ku bayar agak diorang akan pulang kan ke??
tu la dia.. kalau ada , kira jadi berita baik.. tengok lah mcm mana pak lah negotiate dgn org ptn tu..
masa kita dok sain perjanjian tu, terang2 dia ckp yang caj 3% tu akan dikenakan setahun berdasarkan baki.. tapi ni tak, dia caj tiap2 bulan.. makan duit HARAM la org2 yang keja kat situ... memang aku tak halalkan duit tu... sebab dia caj lain dari apa yang tulis dalam perjanjian.. ingat org PTPTN tgh makan duit tak halal tau....
Salam Sdr Legend,
Terima kasih krn singgah ke blog abgjas.
Dari segi muzik, buku dan filem , semacam ada sedikit persamaan atr kita.
Kalau diteliti, masih byk urusan niaga jbtn / agensi kerajaan berkait dgn riba. Walaupun diletak atas nama caj yg beraneka.
sama2 bang,
tu la dia.. kita pon tak tau yang kita ada interest yang sama mcm org lain...
biasa la bang.. income...
kalu kita kira duit 3% itu sebagai sedekah kpd anak2 dan bangsa di malaysia ini utk pengajian akan datang bagaimana? kita tahu kos idup meningkat, dan 3% tu sebagai duit tabung utk menampung utk ramai org malaysia yg belajar di ipt...ke goune gamok???ha.ha...
kalu hamka kata. "jgn taya apa negara bagi kpd kita, tp taya apa kamu buat kpd negara"
he..he...
saudara taqie,
welcome back to thebloggers world. tu la dia.. sebahagian drpd kita memang dah tau yang depa akan kenakan caj 3-4% tu utk setahun... kita dah bacha dalam agreement masa buat mula2 dulu, tapi skrg nie dia dah tukor polisi pulok... dah jadi 4% sebulan plak.. dah jadi cherita lain nie...
tu yang org tak puas hati, tetiba ja tukor..
kalau kita pandang dr sudut lain plak, ptptn caj nie disebabkan org2 yang dulu2 tak bayar balek pinjamannya, dan diturunkan bala kpd semua peminjam yang baru2 plak.. tu la dia... pasai nila setitik, abih rusak capucino sejag...
update update...hehe
hola hola...
Catat Ulasan