Rabu, Oktober 29, 2008

Samad Lefthanded (1963-2008)


Arena seni tanahair kehilangan sebutir lagi bintang dengan pemergian gitaris utama Lefthanded, Abdul Samad Mian akibat sesak nafas pada 23 Oktober 2008

Allahyarham Samad, 45, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Ampang selepas terjatuh dari tangga.

Isteri Allahyarham, Norliza Sumairi, 41, menjelaskan, Samad dibawa oleh anaknya, Alif Ashraf Shafiq, 18, ke hospital selepas menerima panggilan telefon mengatakan arwah sesak nafas pada pukul 12.45 tengah hari, pada 23 Oktober 2008 yang lalu.

"Selepas kejadian, Allahyarham sempat menghubungi saya dan mengadu sesak nafas akibat terjatuh di pejabat abangnya, Rahmat yang terletak di Taman Cahaya, Ampang," kata Norliza ketika dihubungi.

Menurut Norliza, selama ini Samad tidak pernah dimaklumkan menghidap sebarang penyakit kronik melainkan sakit dada.

"Saya terkejut juga pada 5.30 pagi tadi arwah ada mengadu kepada saya mengatakan dadanya sakit tetapi selepas itu dia kembali okey. Saya tidak sangka itu merupakan aduan dan rintihan terakhir," ujarnya dalam nada sebak.

Selain Alif, Samad yang berasal dari Kampung Majidi, Johor Bahru mempunyai tiga orang lagi cahaya mata iaitu Amad Ayunda Syaqim, 17, Alis Suhayana, 14, dan Amad Syafri, 6.

2 ulasan:

Raptor 7 berkata...

al-fatihah...

Seri Nuang Shah Alam berkata...

samad memang antara org lama dalam bidang pergitaran nie