Memaparkan catatan dengan label Rock Kapak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rock Kapak. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 16, 2024

Muzik Rock Hampiri Penghujungnya - M. Nasir

Sumber: Utusan Malaysia

Pakcik mula-mula kenal muzik Rock ni masa darjah 2 tahun 1985. Masa tu TV ada siarkan persembahan kumpulan Search dengan lagu 'Isi atau Kulit' dari album pertama, Cinta Buatan Malaysia. Sejak dari saat itu hingga hari ini, muzik rock terus menjadi santapan halwa telinga pakcik.

Zaman terus berlalu, namun muzik rock terus diminati oleh pelbagai lapisan umur dan pendokumentasian mengenai muzik rock di Malaysia telah pun dihasilkan yang akan jadi rujukan pada masa akan datang atas hasil usaha Dr Taki Takiyuddin iaitu '65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu 1955-1986'.

#RockGlamMelayu 

Ahad, Julai 14, 2024

Sesekali Teringat Rock Kapak

 

Foto ihsan Wilayahku 

Ahad, Mac 26, 2023

Belajar Dari Dr Taki

Sumber: FB Taki Takiyuddin / Mingguan Malaysia 26/3/2023

Ahad, Mac 12, 2023

Mampukah 'Rock glam' kekal?

APALAH nikmatnya kalau sekadar mendengar tanpa rasa dan faham. Begitulah juga dengan muzik yang terdiri pelbagai genre termasuklah rock. Minat perlu selari dengan pengetahuan yang tinggi dan bukan sekadar menyanyi atau bersiul tanpa henti. Kalau tidak jangan sembang Rock Never Die.

Saya katakan begitu selepas meneliti kandungan buku 65 Tahun Muzik Rock Di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986) hasil karya Prof. Madya Dr. Muhamad Takiyuddin Ismail.

Masih terlalu banyak yang saya tidak tahu tentang sejarah perkembangan muzik rock di negara kita sebaik membaca satu persatu buku setebal 393 muka surat ini. Segalanya tentang muzik rock berjaya dirungkai dalam tempoh tersebut termasuk sejarah sebenar ia mula bertapak di negara kita.Selain itu, penulis turut meletakkan banyak perkara asas lain yang perlu diketahui peminat rock selain sejarah perkembangan antaranya pengertian rock progresif dan rock konvensional; persoalan antara budaya dan muzik rock serta banyak lagi. Malah, buku ini turut menyediakan gambar rajah perkembangan semasa era rock di Malaysia termasuk era rock glam atau selama ini banyak yang menyebut sebagai rock kapak.
Bukan sekadar itu, penulis turut menceritakan kaitan antara rock dan moral yang pernah mencetuskan kebimbangan pada satu masa dahulu. Sebagai contoh, diceritakan bagaimana ada satu ketika konsert kumpulan (tanpa mahu dinyatakan) terpaksa diba­tal­kan sehingga menimbulkan konflik lain.

Selasa, Februari 21, 2023

Santai Bersama Penulis: 65 Tahun Muzik Rock di Malaysia

 

Sabtu, Oktober 23, 2021

Rock Kapak: Ipoh Music Symposium

Rock Kapak: Ipoh Music Symposium 
Penerbit: Kampung Karyawan Amanjaya Sdn. Bhd. 
ISBN: 9789671768532 
Tahun: 2021 
http://portipoh.com.my 
Satu penerbitan yang penting dalam mendokumentasikan satu fenomena yang penting dalam industri muzik Malaysia - Rock Kapak, yang mana akan menjadi rujukan kepada pengkaji subjek ini. Apa yang menariknya muzik rock kapak dan kaitannya dengan anak-anak muda di zaman itu? Jawapannya -- rock kapak adalah versi kesempurnaan mimpi anak muda 80-an yang cool. 
#rockkapak #Malaysia

Selasa, November 07, 2017

Rock Terus Rock

Ella and Edrie Hashim band - SACC Mall (5 Nov 2017)

Rabu, Oktober 29, 2008

Samad Lefthanded (1963-2008)


Arena seni tanahair kehilangan sebutir lagi bintang dengan pemergian gitaris utama Lefthanded, Abdul Samad Mian akibat sesak nafas pada 23 Oktober 2008

Allahyarham Samad, 45, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Ampang selepas terjatuh dari tangga.

Isteri Allahyarham, Norliza Sumairi, 41, menjelaskan, Samad dibawa oleh anaknya, Alif Ashraf Shafiq, 18, ke hospital selepas menerima panggilan telefon mengatakan arwah sesak nafas pada pukul 12.45 tengah hari, pada 23 Oktober 2008 yang lalu.

"Selepas kejadian, Allahyarham sempat menghubungi saya dan mengadu sesak nafas akibat terjatuh di pejabat abangnya, Rahmat yang terletak di Taman Cahaya, Ampang," kata Norliza ketika dihubungi.

Menurut Norliza, selama ini Samad tidak pernah dimaklumkan menghidap sebarang penyakit kronik melainkan sakit dada.

"Saya terkejut juga pada 5.30 pagi tadi arwah ada mengadu kepada saya mengatakan dadanya sakit tetapi selepas itu dia kembali okey. Saya tidak sangka itu merupakan aduan dan rintihan terakhir," ujarnya dalam nada sebak.

Selain Alif, Samad yang berasal dari Kampung Majidi, Johor Bahru mempunyai tiga orang lagi cahaya mata iaitu Amad Ayunda Syaqim, 17, Alis Suhayana, 14, dan Amad Syafri, 6.

Khamis, Ogos 16, 2007

Rock Kapak...

Rock kapak brader, maseh ingat lagi dengan kehebatan dan kemeriahan Rock 80an dulu tu. Kemunculan kumpulan-kumpulan Rock bagaikan cendawan yang membiak tiada batasan. Pabila sebut nama-nama seperti Search, Gersang, Lefthanded, Crossfire, Wings, Junction, Desire, May, GET, Sofea, U-Topia, Ababil, Black Rose, Bloodshed, BPR, Ekamatra dan lain-lain lagi, pasti anak-anak muda zaman 80an teringat dengan siulan lagu-lagu merdu: Sendiri, Isabella, Bunga Padang Pasir, Realiti & Fantasi, Cinta Sejuta Warna, Tiada Lagi Kidungmu, Sejati, Masih Aku Terasa... haha, mustahil untuk dilupakan. Bayangkan, zaman sekolah rendah antara 1984-1989 tu memang pesat membangun dengan kumpulan2 rock nie.
Muzik-muzik di TV3 dikuasai oleh kumpulan2 nie la.. Kalau nak tengok mcm mana rupanya zaman tu, tengoklah cerita "Rock".
Fesyen seluar ketat belang2, ada lambang sunrise la memang best la. Bersambung seterusnya pada 1990-1992 dengan imej baru. Sedikit turun lepas tahun 1992 di mana muzik Rap melanda tanah air...

Tu lah serba sedikit yang nak dicheritakan dan yang terkenang semasa di zaman 80an yang havoc dengan budak-budak Rocknya... Hidup Rock...

Gambar di atas adalah dipinjam dari "MelayuRock". Kalau nak tengok koleksi Rock 80an, boleh pi kat website nie: http://melayurock.blogspot.com/ dan http://www.lagendarock.com/