Khamis, Ogos 19, 2010

Pos Raya Insurance

POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang khas dan hanya boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia. Secara umumnya, sebahagian besar rakyat Malaysia akan pulang ke kampung pada musim perayaan. Kemalangan kerap berlaku di musim perayaan dan inilah masanya di mana perlindungan insurans yang lebih tinggi amat diperlukan. Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, Pos Malaysia dengan kerjasama MAA, telah memperkenalkan satu skim insurans kemalangan diri yang mampu dimiliki oleh SETIAP pelanggan Pos yang dihargai. Dengan bayaran serendah RM6*, anda akan dilindungi 24 jam sehari, terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan di Hari Raya ini.

Masa perlindungan akan bermula 3 hari sebelum, 2 hari semasa Hari Raya dan 10 hari selepas Hari Raya (keseluruhan 15 hari). Tiada perlindungan lain yang lebih menarik dan mampu dimiliki pada musim Raya ini.

Premium untuk individu - RM 6.00
Premium untuk keluarga - RM 20.00

Boleh diperolehi di mana-mana cawangan Pos Malaysia seluruh negara.

14 ulasan:

Raptor 7 berkata...

untuk maklumat tambahan boleh juga menyekodeng di blog saya! huhu

Shima berkata...

menarik. mcm2 Pos Malaysia buat utk tarik customer. Sbb skrg yg byk buat untung Pos ekspress.

ahli socso berkata...

benda nie benda elok, tak rugi kita ambek..

macam kita bayaq duit SOCSO tetiap bulan tu, kalau kita tak claim, dia akan burn begitu saja...

hahahahaa

muda remaja berkata...

aku dah ada takaful etiqa, oleh karna benda nie elok dan bagus, so, aku ambek lah.. InsyaAllah selamat

waris pos malaysia berkata...

kak shimra, bukan pos ekpress.. ---> tapi Pos Malaysia. nie semua business strategy la katakan.. pos malaysia kan company..

Zarpeno berkata...

waw.taktau pulak.thanks for sharing

harimau malaya berkata...

zarpeno, benda nie baru launch ja start 16 september yang lalu... apa lagi yeop, belasah la

Raptor 7 berkata...

ye la yeop, blasah la cepat...
tapi zakat fitrah jgn lupa pulak.. huhuhu

pembayor fitrah berkata...

hahahaha zakat fitrah aku dah bayor pada 3 ramadhan yang lalu kat presint 8... heheheheheheheheheehe tu yang pentin, tak payah tunggu last minute baru nak bayor... takot terlupe

Mr_Rizal berkata...

mmm... pos pun dah create insurans

Shima berkata...

mmm..en nandre. betui la aku ckp tu..pos ekspress. Pos malaysia dan pos ekspress adalah 2 entiti yg berbeza. Pos Ekspress is on its own.

ahli HPA shah alam berkata...

kak shimra, kan pos malaysia dan pos ekspress dalam company yang sama.. logo pos malaysia still ada lagi kat envelope pos express tu... pos ekpres adalah service yang diberikan oleh pos malaysia selain poslaju hehee

Shima berkata...

apa yg aku tau..pos ekspress ni subsidiary under pos malaysia =PSH Express Sdn Bhd. So mgmt dia lain. Klau ikut report skrg ni Pos Express yg lebih byk buat duit daripada Pos Malaysia and Pos Laju. Logo tetap sama klau dh under Pos Malaysia cuma cabang bisnes tak sama. ;)

Raptor 7 berkata...

oooo kiranya macam kuih akok la ni.

ada kuih akok original, kuih akok telur n kuih akok pandan.. tp basically sumer tu bwh kuih akok.. kan? kan? hehehe..