Memaparkan catatan dengan label Pos Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pos Malaysia. Papar semua catatan

Ahad, Januari 05, 2025

Motor Posmen


Sumber: Internet

Selasa, Mac 05, 2024

Pos Shop Shah Alam

 

Pejabat Pos kini sudah mempunyai kedai mini dan kafe di dalamnya. Selepas berurusan dengan pejabat pos, pelanggan boleh membeli makanan sambil minum kopi panas dalam suasana yang nyaman. 

#PosMalaysia #PosShop 

Ahad, Januari 28, 2024

Setem hari Pertama Bandar Taiping 150 Tahun

Lengkap sudah set setem hari pertama - 150 Tahun Bandar Taiping.

Lokasi: Pejabat Pos Shah Alam

27 Jan 2024

#Taiping150Tahun
#SetemHariPertama

Isnin, Januari 22, 2024

Sampul Surat hari Pertama - Taiping 150 Tahun

 





Sumber: Pos Malaysia Berhad

Khamis, Januari 18, 2024

Sampul Surat Hari Pertama - Palestin Merdeka


Sampul Surat Hari Pertama Keluaran Khas Palestin Merdeka sudah dilancarkan. Dapatkan di Pejabat Pos atau www.pos.com.my/shop

18 Jan 2024

Foto kredit: TMR

Jumaat, Disember 29, 2023

Sampul Surat Hari Pertama

Sampul Surat Hari Pertama

Arwah bapak seorang yang suka mengumpul sampul surat hari pertama. Beliau bertugas di pejabat pos maka lagi senanglah nak dapatkan. Ada empat album semuanya yang bermula sekitar 1970an semasa di Kuala Kangsar sehingga di Taiping sekitar 1990an.
29 Dis 2023

Jumaat, Disember 15, 2023

Setem Pertama di Tanah Melayu


Fakta Menarik | Setem Pertama Di Tanah Melayu

Setem wajah Ratu Victoria, Ratu England dikeluarkan buat pertama kalinya pada bulan Disember 1867, merupakan setem pertama yang digunakan di Tanah Melayu.
Setem ini telah digunakan selama 35 tahun sehingga 1902 dan digantikan dengan setem wajah Raja Edward VII, setelah Ratu Victoria mangkat.
Ingin mengenali setem dengan lebih lanjut?
Jom ke booth Pos Malaysia di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya sempena Minggu Setem 2023 minggu ini.
Sumber:

Rabu, Februari 01, 2023

Pos: Kami sampaikan pakej keceriaan

Mesej positif: Kami sampaikan pakej keceriaan

Mesej ini ada di pejabat pos. Suka pergi ke pejabat pos bagi urusan bayar bil. Tambahan pula bila dapat dengar kakitangannya mengecop surat dengan cop besi..

"Tung tang... tung tang". Ini satu benda yang klasik yang ramai sudah tidak mengalaminya.

Tahun 1995 dulu pernah bertugas di bulan puasa sebagai kakitangan jangka pendek bagi menguruskan kad raya yang beribu-ribu jumlahnya. Masa tu geng KE Fajeli Rz pun ada sama.

1 Feb 2023

#PosMalaysia

Selasa, Februari 17, 2015

Peti surat di atas gunung

Sumber: NST

Khamis, Ogos 19, 2010

Pos Raya Insurance

POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang khas dan hanya boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia. Secara umumnya, sebahagian besar rakyat Malaysia akan pulang ke kampung pada musim perayaan. Kemalangan kerap berlaku di musim perayaan dan inilah masanya di mana perlindungan insurans yang lebih tinggi amat diperlukan. Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, Pos Malaysia dengan kerjasama MAA, telah memperkenalkan satu skim insurans kemalangan diri yang mampu dimiliki oleh SETIAP pelanggan Pos yang dihargai. Dengan bayaran serendah RM6*, anda akan dilindungi 24 jam sehari, terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan di Hari Raya ini.

Masa perlindungan akan bermula 3 hari sebelum, 2 hari semasa Hari Raya dan 10 hari selepas Hari Raya (keseluruhan 15 hari). Tiada perlindungan lain yang lebih menarik dan mampu dimiliki pada musim Raya ini.

Premium untuk individu - RM 6.00
Premium untuk keluarga - RM 20.00

Boleh diperolehi di mana-mana cawangan Pos Malaysia seluruh negara.