Rabu, Ogos 25, 2010

RM 500.00 dan Raya

Kepada semua penjawat awam dan pesara, tahniah karna mendapat duit raya RM 500.00. Semoga prestasi akan terus meningkat dan lebih berjaya. Gunakan sebaik mungkin hadiah raya yang dikurniakan oleh Tuhan.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

13 ulasan:

SSulieana berkata...

alhamdulillah...tumpang suka je...hehehe

Raptor 7 berkata...

aku pon tumpang gembira utk bini aku. buleh pow dia bayaq tol balik kuantan. keh keh keh

tp aku musykil sket pasai kalo kat slangoq, civil servant payah sket nk dpt bonus camni pasai pentadbiran negeri parti lain. kalo dpt pon lambat.. tahun lepas dh kena skali dh.

Tanpa Nama berkata...

ya kepada suami atau isteri yang berkhidmat untuk badan kerajaan tu, selamat menyambut raya dengan keluarga. Anggaplah pemberian itu adalah pemberian dari Ilahi... sesunggohnya ruzki itu datangnya dari Allah.

Tanpa Nama berkata...

saudara raptor,

kerajaan banyak agensi yang boleh digunakan dana sementara untuk membayar bonus raya kepada kakitangan seluruh negara. Tidak hairanlah jika mereka boleh dapat cepat.

serupalah juga dengan kempen plihanraya, dana digunakan dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai.

fikir tuan tuan fikir

Shima berkata...

tahniah utk para penjawat awam. Anda bertuah menjadi antara insan-insan yg terpilih utk RM500 itu. huhuhu..

Raptor 7 berkata...

info terkini ~ wife aku ckp bonus utk diaorg kena masuk mesyuarat EXCO dulu. blom konpem buleh dpt sblm 1 Syawal.. huhu

mar!ahaf!z berkata...

rasanya bonus plf lagik byk kot? hehehe...

apapun kalau RM500 dpt alhamdulillah..

budak bijak berkata...

Bonus raya adalah satu lebihan wang yang diberikan kepadfa pekerja sempena menyambut perayaan. Ianya merupakan wang tambahan selain dari gaji bulanan biasa..

Raptor 7 berkata...

PLF dapat kurma best... huhu

nurudin berkata...

ya, yang penting dapat kurma besaq punya dari albukhary... bekas yang sama, kurma yang sama.. layan

Raptor 7 berkata...

nurudin tu nama salah sorang geng aku masa kat uitm machang. nama penuh dia ahmad nurudin b. nasir. tapi kitaorg panggil dia losong... hahahha.

Unknown berkata...

saya dapat gaji macam biasa je.. tak lebih tak kurang...

king kong berkata...

pak raja,

itu rezki, yang mana ada, kita pandai-pandai simpan duit untuk gunakan pada hari raya nanti, jangan berbelanja berlebehan sangat... takot lepaih raya nanti yang menunggu kita nanti.

yang balek jauh, tong minyak perlu diisikan, tol perlu diambil kira.. duit raya kat anak sedara dan bapak dan mak semua