Rabu, Disember 01, 2010

Peace

Terjumpa satu status dari group JANGAN TUNJUK PEACE KERANA…BY MOHD FAUZI ABDUL RAHMAN. Adakah saya ketinggalan lagi seperti kebiasaan? Orang dah kecoh dan tahu lama dah. Saya tak kira. Saya nak publish juga sebab nak tahu kebenarannya. Betul ke tidak ini lambang syaitan? Harap ada Jelitawans yang bijak laksana dan Mr Jelitawans yang bijak laksamana boleh memaklumkan saya. Nak berbincang dan bertukar – tukar pandangan demi aqidah Islam yang wajib dipelihara. Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :P ast (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

3 ulasan:

Raptor 7 berkata...

as salam tuan pengarang.

aku tertarik la ngan info2 camni.
dah banyak kali dah benda2 hidden camni dimanipulasi oleh pihak2 tertentu.

cuma soalan aku, apakah hukum kalo kita still buat sign camtu walaupon nawaitu kita bukan utk memaparkan lambang2 illuminati tu?

nasrudin berkata...

Kita berbalik kepada kes kereta Chevrolet...

Walaupon ada logo dia berbentuk salib yang tak berapa nak nampak atau clear tetapi salib tu adalah asalnya salib la... cuma diedit sikit nampak macam tak salib..itu hukumnya haram la..

Tetapi jika di suatu keadaan yang lain, ianya jadi harus sebabnya ianya kenderaan yang kita gunapakai untuk bergerak tanpa mengambil tujuan untuk mengagungkan logo yang ada.

Jika seseorang itu masih dan terus menganggap ianya adalah salib, maka elaklah menggunakan kenderaan tersebut.

nasrudin berkata...

Untuk kita mengelakkan dari menggunakan sign-sign tersebut, eloklah kita mengangkat tangan ja... angkat kelima-lima jari seumpama takbirratul ihram..

mudah ja kan?