Khamis, Disember 23, 2010

Telefon selular tak cetus barah otak?

Frekuensi elektromagnet terbukti selamat

KUALA LUMPUR: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2010 yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.

Frekuensi elektromagnet telefon selular ini tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau Non Ionized Radiation, iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul di badan kita. Apa yang terhasil daripada radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di telinga apabila bercakap terlalu lama, katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Khalid Ahmad.

Beliau berkata, kajian sudah dijalankan ke atas 5,117 kes barah otak di 13 negara oleh 21 pakar saintis dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan frekuensi elektromagnet telefon selular mengakibatkan barah otak.

KPKK prihatin dengan kebimbangan masyarakat terhadap frekuensi elektromagnet telefon selular yang dihasilkan dalam penggunaan perhubungan saluran telekomunikasi tanpa wayar. Kebimbangan itu berpunca daripada kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat berhubung frekuensi elektromagnet telefon selular dan juga penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenainya, katanya.

Sumber: Berita Harian | 23 Dis 2010

5 ulasan:

Raptor 7 berkata...

baguih la kalo camtu... takde la kerisauan di dalam benak pemikiran rakyat. huhu.

tp aku rasa la ni org dh tak gile bergayut dh, org la ni dok sibuk menaip keypad main fesbuk. hehehe..

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ berkata...

hahaha setuju ngan amien

jalan kg dew berkata...

ermmm, tak jugak cik amien, sapa-sapa yang bukan kaki fesbuk, depa maseh gunakan lagi telefon tanpa wayar nie... macam kita nie takpa la, ada PC, ada line, ada wifi, ada Unifi (power beb), kira ok la.

bagi org yang tadak PC nie, tadak capaian internet, maka telefon la menjadi medium pengantara yang sangat berguna...

P/s: gambaq tu adalah gambaq telefon yang mula-mula aku beli..tahun 2001 yang lalu...Sagem, beli kat Pertama Complex

Raptor 7 berkata...

zaman makin berubah, yg aku maksodkan depa takda dh dok bergayut letak phone kat telinga. la ni dok guna phone main tenet, fb, sms, chat dan sebagainya. maka risiko radiasi pon kurang. hahaha. aku pon pening apa benda yg aku explain nih. hahhaha.

by the way, henset pertama aku ialah ericsson T10 kaler kunin. huih, byk betul nostalgia henset tu. hahaha..

Nandre The Legend berkata...

betui la yang jalan kg dew cherita tu, dia kata tak semua org yang layan facebook.... sebab dia depend on handphone dia ja... sapa-sapa kaki FB, memang tak guna handset la...

hang nie amin.