Jumaat, April 15, 2016

Rosyam Nor - Impian Jutawan Budak Setinggan


Berapa ramaikah antara kita yang terpaksa berkongsi berus gigi satu keluarga? Atau pernahkah ibu kita terpaksa mengambil upah membasuh pakaian jiran demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya yang disayangi? 
Ikhlasnya, cerita sedih ini bukan rekaan tetapi satu realiti dalam kehidupan aktor Rosyam Nor satu ketika dahulu. Bermula sebagai budak setinggan, dia kini menjadi seorang jutawan apabila berjaya dalam bidang lakonan serta menerbitkan pelbagai drama bermutu. 
Malah Rosyam juga tidak percaya bangunan RTM yang satu ketika dahulu pernah dimasuki secara curi-curi untuk menonton Hiburan Minggu Ini, telah berjaya dimasukinya secara sah sebagai artis dan pengacara. 
Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohammad Noor Shamsudin merupakan seorang role model untuk pelakon muda dan pembaca lain dalam  bidang kerjaya, gaya hidup berdisiplin dan cara menghadapi cabaran untuk berjaya.
Mengakui telah melalui pelbagai rintangan sepanjang hidupnya,  pelakon berusia 49 tahun ini telah berkongsi segalanya dalam autobiografi yang bertajuk, Impian Jutawan Budak Setinggan.
Menerusi buku ini, Rosyam Nor mencerita segala yang dihadapi olehnya sehingga berjaya dan dia berharap agar perkongsiannya ini akan menjadi pengajaran kepada pembaca.
“Pembaca akan mengetahui kisah hidup saya, yang pada dasarnya adalah perjalanan yang membawa saya ke sini. Saya bangga untuk berkongsi perjalanan ini dengan peminat kerana siapa tahu, mungkin terdapat beberapa pengajaran yang berguna bagi mereka”.

ISBN: 978-967-140-5504
Penerbit: Suhan Publications

Tiada ulasan: