Selasa, Oktober 04, 2016

Pemimpin sekarang perlu lebih banyak membaca

 




Sinar Harian – 4 Okt 2016


SHAH ALAM – Pemimpin politik sedia ada perlu lebih banyak membaca dan mengikuti kursus sebelum berkhidmat kepada masyarakat.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Sivamurugan Pandian berkata, pembacaan dapat membantu pemimpin politik menambah ilmu am, selain dapat memahami sejarah negara.


“Saya rasa golongan muda (yang berminat dengan bidang politik) juga wajar mendalami ilmu politik dan kepimpinan terlebih dahulu. Ia akan memberi nilai tambah kepada kewibawaan mereka sebagai ‘the next leader’,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.



Katanya lagi, pemimpin yang banyak membaca boleh mengelakkan diri daripada terperangkap dengan fakta-fakta palsu yang diputar belit oleh pihak lain. Ujarnya lagi, jika seseorang pemimpin banyak membaca, pemimpin tersebut akan mampu mendepani keilmuan untuk memaparkan kematangan berpolitik.

“Pemimpin politik perlu banyak membaca supaya dapat berdepan dengan suasana yang banyak bergelut dengan persepsi. Dalam masa yang sama parti politik juga perlu mewajibkan setiap ahlinya untuk menghadiri kursus sebagai didikan berterusan,” katanya lagi.

Sumber: www.sinarharian.com.my | Gambar: www.esquire.co.id

Tiada ulasan: