Foto: Internet
Sinar Harian – 4 Okt 2016
SHAH ALAM – Pemimpin politik sedia ada
perlu lebih banyak membaca dan mengikuti kursus sebelum berkhidmat kepada
masyarakat.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya
Sivamurugan Pandian berkata, pembacaan dapat membantu pemimpin politik menambah
ilmu am, selain dapat memahami sejarah negara.
“Saya rasa golongan muda (yang berminat dengan bidang politik) juga wajar mendalami ilmu politik dan kepimpinan terlebih dahulu. Ia akan memberi nilai tambah kepada kewibawaan mereka sebagai ‘the next leader’,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.