Khamis, April 21, 2022

Jom Baca Bersama 2022: Ajaibnya Kuasa Sedekah


Sempena program Jom Baca Bersama 2022 hari ini, saya memilih buku ‘Ajaibnya Kuasa Sedekah’. Bersempena juga dengan bulan Ramadan ini, marilah kita sama-sama perbanyakkan sedekah dalam pelbagai bentuk sama ada wang, makanan, minuman dan lain-lain.

  
Tajuk: Ajaibnya Kuasa Sedekah
Penyelenggara: Basri Zakaria
Editor: Ustaz Fahim Ar-Robbani, Munsyi Mohamad Sarip
Penerbit: Ulul Albab Publication
ISBN: 978-967-255-1126 

Pada umumnya, himpunan anekdot dan cerepen dalam buku ini memerihalkan pengalaman hidup para penulis dalam pelbagai situasi – gelisah, cemas, panik, insaf dan syukur. Segala musibah besar ataupun kecil ialah ujian daripada Allah swt yang amat bermakna untuk peneguhan akidah kita. Akhirnya kepada Allah swt juga tempat kita mengadu dan meminta pertolongan. Dengan amalan sedekah, fadilatnya banyak memberikan kebaikan kepada manusia, antaranya termasuklah dapat menghindari bala dan bahaya, menambahkan rezeki, memanjangkan usia dan mempermudah urusan kehidupan kita. Bersedekahlah kerana pasti Allah swt akan memberikan pertolongan-Nya.

  
#JomBacaBersama2022
#DekadMembacaKebangsaan
#MalaysiaMembaca
#JomSedekah 
#PersatuanPustakawanMalaysia

Tiada ulasan: