Rabu, April 20, 2022

Zakat Fitrah

 

Rasa satu nikmat apabila dapat bayar zakat fitrah secara manual iaitu berjumpa dengan Amil Zakat berbanding dengan tahun 2020 yang lalu. Ini kerana Amil akan mendoakan terus kepada pembayar zakat. Syukur. Tahun 2021 pun bayar dengan jumpa Amil.

Teringat dulu masa sekolah, ada Amil yang datang ke rumah kutip zakat dengan menaiki basikal. Kenangan masa dulu-dulu.

Semalam Allah telah mudahkan urusan ini di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8

#zakatfitrah2022
#ramadan2022

Tiada ulasan: