Sabtu, Jun 22, 2024

Pelihara Bahasa Kamu Itu - O. T. Dussek

Foto ihsan www.suara.tv

Seorang pegawai British, bernama Oman Theodore Dussek (1886-1965) yang merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris, di Tanjung Malim.Semasa beliau berucap kepada para penuntut pada tahun 1935, Dussek berkata:

"Bahasa kamu ( Bahasa Melayu ), saya percaya diucapkan oleh lebih daripada 70 juta manusia.Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia.Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu.Bersatulah meninggikannya ke tarafnya yang layak dalam kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu."

Kenyataan ini, bukan sahaja dipetik dalam akhbar The Straits Times pada tahun sama.Malah, ia turut disebut dalam buku ' Harun Aminurrashid ' oleh Abdullah Hussain pada 1982.

Sumber : O.T Dussek, Pengetua Pertama Maktab Perguruan Sultan Idris / Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Kredit : #LokqTalu

Tiada ulasan: