Rabu, Februari 25, 2026

Aku dan Bangunan Sultan Abdul Samad


Sempena Bangunan Sultan Abdul Samad sudah dibuka kembali kepada umum, pagi tadi singgah sebentar untuk melihat dari dekat akan keindahan bangunan yang siap dibina pada tahun 1897 ini. Usaha pemuliharaan dan pemeliharaan ikonik penting termasuk Seri Negara dan Stadium Negara di Kuala Lumpur ini memberikan satu impak yang besar kepada lokasi tumpuan pelancong di tengah ibu kota malahan ianya juga melindungi nilai sejarah, tujuan pendidikan dan kesedaran dan untuk kelestarian bandaraya. Pemuliharaan bukan sekadar membaiki bangunan lama, tetapi juga menjaga roh sejarah yang terkandung di dalamnya.

Prinsip pemuliharaan meliputi perkara yang berikut:

Autentik – mengekalkan bentuk asal tanpa mengubah ciri seni bina utama.
Minimum
intervensi – hanya melakukan kerja pemulihan yang perlu untuk memastikan bangunan selamat.

Menggunakan bahan sesuai – bahan binaan mestilah serasi dengan struktur asal.

Dokumentasi – setiap kerja pemuliharaan direkodkan untuk rujukan masa depan.
Namun begitu, kami tidak sempat untuk meninjau bahagian dalamnya, mungkin di lain hari akan berkunjung pula.
16 Feb 2026

Tiada ulasan: