Bangunan ini dibina semula pada 1937 bercirikan 'Art Deco'
Bangunan asal kayu yang dibina pada 1888
Sejarah Ringkas Central Market (CM) a.k.a Pasar Seni
Central Market bermula hanya sebagai sebuah pasar basah yang biasa pada tahun 1888, yang dibina oleh Pentadbir British di Kuala Lumpur ketika itu.
Bangunan ini kekal berfungsi sebagai mercu tanda yang terkenal di Kuala Lumpur pada zaman kolonial, zaman pasca kemerdekaan dan zaman kemodenan.
Apabila perniagaan berkembang maju, struktur kekal dibina untuk menempatkan para peniaga. Menjelang tahun 1930-an struktur itu telah diubahsuai sekali lagi demi menampung peniaga yang semakin bertambah.
Apabila kesemua peniaga pasar basah dipindahkan dari Central Market pada tahun 1980-an, Persatuan Warisan Malaysia berjaya membuat petisyen menentang pemusnahan bangunan itu.
Menerusi peruntukan RM9 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, bangunan itu menjalani satu lagi pembaharuan dan diubah suai menjadi pusat kebudayaan, kesenian dan kraftangan Malaysia.
Sebahagian besar terutama pintu masuk bangunan ini kekal tidak diubah demi mengekalkan keaslian binaannya serta menjadi daya tarikan seperti zaman kegemilangannya dahulu.
Pada 15hb April 1986, Melewar Leisure Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Melewar Berhad mengambil alih pemilikan bangunan tersebut untuk mempromosikan budaya Malaysia melalui jualan produk seni dan kraf tempatan.
Pada tahun 2004, Kumpulan Kha Seng memperoleh pemilikan bangunan ikonik ini. Di bawah syarikat Central Market Sdn Bhd, bangunan ini telah diubah menjadi tarikan pelancong dan destinasi membeli-belah yang memenangi beberapa anugerah, tanpa menjejaskan kepentingan sebagai pusat budaya, seni dan warisan negara.
Sumber: FB Kisah & Sejarah (17 June 2024)









![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan