Memaparkan catatan dengan label kuala lumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuala lumpur. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 12, 2025

The Red Rooster Club Kuala Lumpur

 

🕺 The Red Rooster Club di Kuala Lumpur bukan sekadar kelab malam biasa—ia pernah menjadi pusat penting dalam sejarah muzik rock Malaysia. Aktif sekitar awal 1980-an, kelab ini terkenal sebagai tempat kelahiran kumpulan legenda Search, yang kemudiannya menjadi ikon muzik tanah air.

🎸 Peranan dalam Dunia Muzik

  • Kelab ini menjadi pentas utama bagi kugiran rock seperti Search untuk mempersembahkan muzik mereka sebelum mendapat kontrak rakaman.

  • Pengurusan kelab memberi peluang kepada Search untuk mencari vokalis baru dan berlatih sebelum ditawarkan kontrak tetap.

  • Di sinilah mereka bertemu dengan Amy, yang kemudian menjadi vokalis utama dan wajah ikonik kumpulan tersebut.

🎤 Reunion & Kenangan

  • Pada tahun 2011, berlangsung Red Rooster Club Reunion Concert yang menampilkan beberapa pemuzik terkenal Malaysia, memperingati zaman kegemilangan kelab tersebut.

  • Acara ini menjadi simbol nostalgia dan penghargaan terhadap pengaruh kelab dalam membentuk industri muzik tempatan.

Kelab ini mungkin sudah lama ditutup, tetapi legasinya masih hidup dalam hati peminat muzik rock Malaysia.

Sabtu, Julai 05, 2025

Merdeka 118 Dari Kejauhan


Menara Merdeka 118 ialah mercu tanda baharu yang megah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan ketinggian 678.9 meter dan 118 tingkat, ia kini merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa. Direka dengan gaya seni bina neo-futurisme yang diinspirasikan oleh corak songket tradisional Melayu, menara ini bukan sahaja simbol kemajuan teknologi, tetapi juga penghormatan kepada warisan negara. Terletak berhampiran Stadium Merdeka yang bersejarah, bangunan ini menempatkan ruang pejabat, hotel mewah Park Hyatt, pusat beli-belah, serta dek pemerhatian “The View at 118” yang menawarkan pemandangan menakjubkan bandar raya. Dirasmikan pada 10 Januari 2024, Menara Merdeka 118 melambangkan semangat kemerdekaan dan aspirasi masa depan Malaysia sebagai negara moden dan berdaya saing. 

#Merdeka118 #KualaLumpur

Ahad, Jun 01, 2025

CONSAL XIX 2025 - Kuala Lumpur

 




Source: https://www.facebook.com/people/Consal-XIX-2025/61557047825373/?_rdr

CONSAL X
Theme: "Libraries in National Development"
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
Date: 21-25 May 1996
Officiated by DS Anwar Ibrahim, Deputy Prime Minister, Malaysia

Synopsis:
This was a special event as the conference was held in 1996, and 1995 marked the twenty -five anniversary years of CONSAL. This conference had also indicated the focus on the attention of policy markers on the role of librarians and libraries in national developments. CONSAL X objective is to conceptualize this vision for Southeast Asian librarians and promote the drawing up of strategic plans towards its realization. It also highlighted the need for guidelines, policies and client charters in the light of paradigm shift in library services as well as to establish strategic linkages and network among Southeast Asian communities.

Source: CONSAL; Conference; CONSAL VI-X

Rabu, April 23, 2025

Makam Pahlawan, Kuala Lumpur

 


Senarai pemimpin negara yang disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur:

1. Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (1976)
2. Allahyarham Tun Hussein Onn (1990)
3. Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman (1973)
4. Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba (2006)
5. Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi (2025)

Manakala, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang meninggal pada tahun 1990 disemadikan di Makan Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah atas sebab wasiat daripada beliau seperti di bawah:


Semoga Allah merahmati semua pemimpin yang telah pergi dahulu. 

Isnin, Ogos 12, 2024

Berapa Gaji Cukup di Kuala Lumpur?


Berapa gaji cukup di Kuala Lumpur?

Sumber: Wilayahku 2/8/2024

Sabtu, Jun 29, 2024

Rumah Biru di Kampung Baru

Jalan Salleh, Kampung Baru, Kuala Lumpur 

Baca Sinar Harian | Siakap Keli | Siakap Keli | Libur

Jumaat, Mei 24, 2024

Hari Raya Para Bukuwan

Foto sumber dari Internet

Hari Raya buat para Bukuwan bermula hari ini sehingga 2 Jun 2024. Mari kita meriahkan suasana hari raya kita ini dengan berkunjung ke gerai-gerai buku.

24 Mei 2024

Isnin, Mac 11, 2024

Berkunjung ke Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur

 

Sabtu, Mac 02, 2024

Sulaiman Court dan SOGO

 

Bangunan SOGO yang ada sekarang ini di Kuala Lumpur dahulunya adalah tapak bagi Pangsapuri Sulaiman Court yang dibina pada tahun 1957 iaitu semasa Malaya mencapai Kemerdekaan. Idea pembinaannya dihasilkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman. Pangsapuri tersebut mempunyai tiga blok. Pada tahun 1986, ketiga-tiga Blok pangsapuri tersebut dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pusat membeli-belah iaitu SOGO. 

Jumaat, Februari 17, 2023

Jom ke KL Alternative Book Fest

Ahad, Disember 12, 2021

Melancong ke Kuala Lumpur

 

Pada 11 Dis 2021, tanpa dirancang dari awal, kami sekeluarga telah pergi ke Kuala Lumpur yang mana destinasinya adalah menuju ke Rumah Kartun & Komik Malaysia yang terletak di Taman Tasik Perdana. Maka kami bergerak dari Shah Alam dan sampai ke destinasi yang dituju. Namun apabila sampai di sana, rupa-rupanya Rumah Kartun ni tutup. Aduh!!!. Tengok dalam facebook takda pulak katanya ditutup. Namun tak mengapa lah. Lain kali boleh datang lagi. 

Dalam acara jalan-jalan kai lini, kami dapat pergi beberapa destinasi walau pada asalnya hanya ingin ke Rumah Kartun tu saja. Tetapi, akibat sesat jalan akibat terlepas simpang di kawasan Taman Tasik Perdana tu, kami menemui jalan ke Istana Negara yang baharu. 

Selain itu jugak, kami pergi ke Jalan Bellamy untuk mencari kedai rojak mamak di situ. Namanya adalah Rojak Bellamy. Kedainya tidak ramai orang pada hari sabtu. Kami dapat makan dengan selesa sebab dah lama berjalan.

Tempat terakhir kami pergi adalah Istana Negara lama yang mana sekarang dijadikan sebagai Muzium Diraja. Rezeki kami pada hari itu, tiada bayaran masuk dikenakan. Ini kerana, ruang pameran utama masih dalam kerja-kerja renovasi. 

Antara ikon baharu di Kuala Lumpur yang sudah kelihatan dari Lebuhraya Persekutuan ialah Menara 118. Menara ini milik PNB dan menjadi yang tertinggi di Asia Tenggara. 

Begitulah acara melancong dalam masa setengah hari ke Kuala Lumpur.

Isnin, Januari 20, 2020

Kembalinya lokasi peminat buku ibu kota

Kembalinya lokasi peminat buku ibu kota
Wilayahku – 17 Jan 2020

LEBIH santai dan pastinya bakal menjadi tempat tumpuan golongan muda selain menyemarakkan lagi program Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020

MEMBUDAYAKAN aktiviti membaca dalam kalangan warga kota menjadi objektif utama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya amalan tersebut menjadi imej kepada bandar raya ini. Justeru apabila Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) yang bersebebelahan dengan Dataran Merdeka dibuka semula pada tahun lalu, ia sudah pasti menjadi berita gembira buat peminat-peminat buku di ibu kota untuk mengisi waktu mereka menelaah koleksi-koleksi bacaan menarik di situ. Menurut Pustakawan Kanan PKL, Rosidah Ismail, PKL mula dibuka pada tahun 2004 dan ia menjadi tumpuan utama golongan ulat buku di ibu kota untuk mendapatkan bahan bacaan.

Jumaat, Januari 03, 2020

Kuala Lumpur tahun 1920-2020

Sumber: Wilayahku

Khamis, September 20, 2018

Kuala Lumpur: World Book Capital 2020


Source: https://en.unesco.org/world-book-capital-city-2020

Rabu, Mei 23, 2018

Kuala Lumpur Heritage Guided Tour

Rabu, November 01, 2017

IFLA2018 Volunteer Registration


JOIN US. TOGETHER WE CREATE THE FUTURE!”

Click here to Register as Volunteer: http://2018iflawlic.ppm55.org/perekrutan-sukarelawan/