Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Ahad, Mac 30, 2025

Salam Aidil Fitri 1446H (2025)

 

Selasa, April 11, 2023

Posmen dan Kad Raya - Satu nostalgia

 


Suasana sebegini biasa kelihatan dan dirasai sekitar sebelum tahun 2000. Kita pastinya akan menunggu abang posmen untuk menghantar kad raya kiriman dari sahabat mahupun saudara mara. Ini satu nostalgia. Bila ada posmen berhenti di depan rumah, ianya merupakan satu saat yang menggembirakan kerana ada menerima hantaran kad raya. Kita juga ada mengirim kad raya dengan melekatkan setem yang dibeli di pejabat pos. 
 
Namun, dengan kemajuan teknologi, tradisi kad raya semakin dilupai terutama generasi baharu yang bergantung kepada telefon pintar. 

Tradisi lama ini perlu diteruskan agar ianya tidak dilupakan. 

#KadRayaNostalgia

Khamis, Jun 04, 2020

Nostalgia: Tanjak dan Hari Raya



Nostalgia Hari Raya zaman dulu-dulu. Gambar ini besar kebarangkalian diambil pada 12 atau 13 Mei 1956 Masihi semasa menyambut Aidil Fitri iaitu bersamaan dengan tahun 1375 Hijrah. Terdapat juga ayat "Tak Melayu Hilang Di Dunia" dan "Selamat Hari Raya". Pada masa tersebut, pemakaian tanjak ternyata digayakan dengan busana tradisional melayu semasa hari raya. 

Untuk makluman, gambar ini memaparkan arwah bapa kepada pemilik blog (Nandre) iaitu Allahyarham Haji Haris bin Abdul Munai bin Haji Amin (1938-2010) beserta abangnya, Allahyarham Abdul Rani bin Abdul Munai bin Haji Amin (1935-2000) dan juga sepupu-sepupu di Kampung Bekor, Manong, Perak. Begitulah busana Melayu yang dipakai semasa meraikan hari raya pada masa itu. Berikut adalah nama-nama yang terkandung di dalam gambar ini:

Belakang dari kiri:
1. Abd. Manaf b. Saari b. Haji Amin
2. Jaafar b.
3. Haris b. Abdul Munai b. Haji Amin
4. Abdul Rani b. Abdul Munai b. Haji Amin 
5. Talib b. Saari b. Haji Amin 
6. Sharif b. Saari b. Haji Amin 
7. ?

Depan dari kiri:
1. Pak Dollah
2. Abd. Aziz b. Saari b. Haji Amin 
3. ? (Suami Wan Endon)

Akhir kata, semoga Allah merahmati semua yang ada di dalam gambar ini yang rata-rata telah kembali ke Rahmatullah. 

#harirayaaidilfitri
#kgbekormanongperak

Ahad, Jun 09, 2019

Trend raya sekarang

Sumber: MM

Jumaat, Jun 30, 2017

Raya 2017 di Taiping dan KK (29 Jun 2017)

Sabtu, Jun 24, 2017

Salam Aidil Fitri 2017

Khamis, Jun 22, 2017

Kad raya untuk lecturers (Jun 2017)

Selasa, Oktober 09, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitrah

Raya datang lagi... itulah ungkapan yang akan terkeluaq dari mulut orang ramei bila dah dekat nak raya nie. Raya nie kan raya puasa, apa lagi, balek lah kampung semua.

Di hari baik bulan baik nie, Pengurusan Arts.Limited nak meluahkan perasaan gumbira serta uchapan "Selamat Aidil Fitrah" Minal Aidin wal Faizin kepada ibu-bapak, adek-beradek, tok sedare, pak & mak sedare, anak2 sedare, cucu sedare, semua rakan2, sedara-mara, associates, rakan niaga, rakan kongsi, rakan2 kerja, rakan2 bloggers, rakan2 sejawatan di seluroh Malaysia...

Berayalah dengan sempurna, jangan lupa dunia.... Raya weiiii.